
Branded
Bawa Semangat Superman, DASHING Cabar Lelaki Di Luar Sana Guna 4 Haruman Kolaborasi Mereka Ini
Lelaki dekat luar sana yang nak tampil lebih yakin, dengan aura yang cukup kuat untuk memukau wanita, korang memang kena dapatkan wangian terbaru daripada DASHING!
Kalau korang nak tahu, pada 1 Jun 2025 yang lalu, DASHING dengan bangga mempersembahkan kolaborasi terunggul mereka bersama karakter superhero yang cukup terkenal, Superman!
Koleksi DASHING x Superman ini mempunyai 4 haruman berbeza yang membawa aura Superman, memberikan korang keyakinan tinggi apabila menggunakannya. Kalau nak tahu apakah 4 wangian tersebut, meh sini kami kongsikan!
DASHING x Superman Hasilkan 4 Haruman Yang Membawa Aura Tersendiri!
Cool Aqua

Top Note: Pink Pepper | Bergamot | Aldehyde
Middle Note: Lavender | Rose | Aquatic Accord
Bottom Note: Cashmere | Oakmoss | Musk
Cuba korang bayangkan wangian kuat yang tajam dan menarik perhatian daripada Pink Pepper, Bergamot dan Aldehyde. Haruman ini seolah-olah seperti Superman tiba-tiba muncul, dengan aura yang kuat!
Ditambah pula dengan haruman elegan Lavender dan Rose, dengan kesegaran bau Aquatic, fuh makin kuat aura diri korang akan menyerlah, sama seperti Superman!
Haruman ini kemudiannya menjadi lebih kukuh dengan bau yang kaya dan bersahaja daripada Cashmere, Oakmoss dan Musk, menjadikan keseluruhan kombinasi ini menghasilkan bau yang heroik dan teguh seperti Superman itu sendiri.
Style Legend

Top Note: Grapefruit | Mandarin | Nutmeg
Middle Note: Cyclamen | Orris | Rosewood
Bottom Note: Musk | Cedarwood | Amber
Haa, untuk wangian ini pula, ia sama penting seperti jubah Superman yang melengkapi dirinya sebagai pewira tau.
Sebab apa? Sebab bauan segar dan zesty daripada Grapefruit dan Mandarin, dengan sedikit rempah hangat daripada Nutmeg akan menyerlahkan aura dan keyakinan diri korang.
Bukan itu saja, ia kemudian menjadi haruman yang lebih elegan dengan bau bunga seperti Cyclamen dan Rosewood, yang akhirnya menjadi bau klasik yang tahan lama dengan Musk, Cedarwood, dan Amber.
Secara ringkas, wangian ini direka untuk menjadi haruman istimewa, sama seperti Superman yang mencerminkan sisi kuat dan berani, serta sifatnya yang belas kasihan.
Active Spritz

Top Note: Grapefruit | Mint | Ozonic
Middle Note: Geranium | Lavender | Fougere
Bottom Note: Oakmoss | Patchouli | Ambergris
Kalau korang memang nak serlahkan aura berani dan kuat, Active Spritz adalah pilihan yang tepat sebab haruman ini memang mencerminkan aura Superman!
Wangian ini bermula dengan ledakan segar dan tajam daripada Grapefruit, Mint dan Ozonic, yang kemudiannya bertukar menjadi campuran Geranium, Lavender dan Fougere.
Akhir sekali, haruman akan kekal dengan Oakmoss, Patchouli dan Ambergris, di mana dengan kesemua haruman ini bergabung, ia dapat menghasilkan haruman yang melambangkan kekuatan dan keberanian Superman ketika sedang beraksi!
Speed Surge

Top Note: Bergamot | Lavender | Apple
Middle Note: Fougere | Geranium Oil | Jasmine
Bottom Note: Amber | Vanilla | Leather
Wangian terakhir ini pastinya akan meninggalkan impak yang besar kepada orang sekeliling, ibarat seperti sifat Superman yang gagah perkasa dan tak mudah untuk dihalang setelah dia berjaya menyelamatkan keadaan!
Speed Urge mula dengan haruman note segar daripada Bergamot, Apple dan sentuhan Lavender menyegarkan.
Apabila sebati, korang dapat menghidu note bunga seperti Fougere dan Jasmine, dengan sedikit aroma daripada Geranium Oil, yang kemudiannya haruman menjadi kekal berpanjangan, menjadikan bau lebih mewah dengan note Amber, Vanilla dan Leather.
Jom Tampil Lebih Yakin Dengan Wangian DASHING

Sekarang korang dah tahu yang setiap wangian terbaru DASHING x Superman ini mempunyai note tersendiri yang akan membawa aura berlainan betul tak?

Paling best, setiap wangian EDT didatangkan dalam kotak bertemakan Superman, yang mengandungi pin enamel edisi terhad, dan korang berpeluang untuk memenangi topi Superman dengan setiap pembelian tau! Seriuslah?!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom tampil lebih yakin dengan wangian DASHING x Superman dan dapatkan sekarang di Shopee, Lazada, TikTok, Guardian, Watsons, dan kedai runcit berdekatan.
Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti media sosial Facebook, TikTok dan Instagram.
