Connect with us

Oh! Media

“Bawa Anak Ke Anjing?” – Ibu Ini Bengang Masih Ramai Pandang Pelik Penggunaan Tali Anti Lost

tali anti lost

Oh! Lifestyle

“Bawa Anak Ke Anjing?” – Ibu Ini Bengang Masih Ramai Pandang Pelik Penggunaan Tali Anti Lost

Apa masalah korang sebenarnya ni? Kenapa masih ada lagi orang yang pertikai dan memandang sinis ibu bapa yang memilih untuk menggunakan tali anti lost dekat anak mereka?

ADVERTISEMENT

Isu ni sebenarnya dah lama selesai tapi tak sangka pula masih ada yang tak puas hati. Terbaru, seorang ibu yang dikenali sebagai Puan Niraaa Raisya tampil meluahkan rasa kecewanya selepas dipandang sinis ketika anaknya dipakaikan tali anti lost dekat luar.

Sekarang ni otak tu bagi terbuka sikit dengan benda baru. Jangan macam orang duduk bawah tempurung okay? Tak perlu usha orang atas bawah, aku la stress betul dengan manusia macam ni.

@neeerafeefa Sekarang ni otak tu bagi terbuka sikit dengan benda baru. Jangan macam orang duduk bawah tempurung okay ? Plus xperlu usha org atas bawah 😤 aku laa mengstress btl dgn manusia gini #harnessbaby #antiloss #babywalking #firstmom ♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Niraaa menjelaskan apa yang dilakukannya adalah semata-mata untuk memastikan keselamatan anaknya agar dapat mengurangkan resiko yang tak diinginkan.

Dalam pada itu, Niraaa turut berkongsi pada awalnya anak menolak untuk memakai tali anti lost sebab tak bebas berjalan tetapi lama kelamaan jadi biasa.

Pedulikan apa orang cakap

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama dan rasa rimas dengan orang sekeliling yang pandang pelik. Apapun, pedulikan sahaja apa yang orang lain nak cakap sebab anak itu tanggungjawab kita dan kalau jadi apa-apa, pasti kita sebagai penjaga juga yang akan bersalah.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas