
Oh! Lifestyle
Air Soya Homemade Memukau, Modal RM1.50 Dapat 2 Liter Air!
Biasanya pada bulan Ramadan, mesti ramai yang akan jual air soya kan? Air soya ni boleh dikatakan antara minuman kegemaran orang ramai, memang wajib beli kalau nak berbuka! Hari ini Oh! Media nak kongsikan dengan korang, resipi air soya homemade yang memang nikmat memukau!
Kalau biasanya bulan Ramadan korang akan beli berbungkus-bungkus, apa kata kali ini korang cuba buat sendiri? Bukannya susah, senang je tau! Bila buat sendiri, khasiat dia lagi banyak korang dapat dan kuantiti pun lebih berbaloi. Jom buat!

Bahan-bahan
Bahan-bahan yang korang perlukan hanya tiga, iaitu kacang soya, gula dan daun pandan.

Cara-cara
Pertama sekali, korang kena cuci dan rendam dulu kacang soya dalam 4 hingga 5 jam, atau sehingga kacang soya kembang. Lagi senang kalau korang rendam sewaktu malam sebelum tidur dan boleh terus masak esoknya!

Seterusnya, ulang cuci kacang soya tersebut dan buang kulit-kulit yang tertanggal. Lepastu, korang toskan kacang soya tu!
Okay step yang penting lepas dah tos, korang kena kisar kacang soya dengan air. Nisbah 1 cawan kacang soya, 3 cawan air. Masukkan air sikit-sikit, jangan terus banyak okay!

Kemudian, korang boleh ambil penapis kain dan tapiskan kacang yang dah dikisar tadi guna penapis kain.
Dah tapis, korang boleh masak air soya dengan daun pandan. Buka api sederhana je tau. Masak air soya tu sampai dia nak mula mendidih, dan boleh tutup api.


Seterusnya, masukkan gula mengikut tahap kemanisan yang korang suka. Kacau-kacau sampailah gula tu larut dan siap!
Untuk 250 gram kacang soya, korang akan dapat 2 liter air tau. Banyak kan?


Lepasni korang dah tak payah berebut nak ke bazaar Ramadan beli air minuman ni! Buat je sendiri dekat rumah, lagi sedap, berkhasiat dan jimat. Selamat mencuba!
Kredit: Facebook
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
