Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Kesalahan Sewaktu Guna ‘Eyelash Curler’ Yang Wanita Selalu Lakukan

Oh! Lifestyle

Ini 5 Kesalahan Sewaktu Guna ‘Eyelash Curler’ Yang Wanita Selalu Lakukan

Salah satu rutin sewaktu kaum wanita bersolek adalah dengan mengguna eyelash curler pada bahagian bulu mata untuk kelihatan lebih anggun.

ADVERTISEMENT

Pengunaan pengepit bulu mata atau eyelash curler juga dapat membantu bulu mata kelihatan lebih lentik dan ekspresif. Ia merupakan cara yang pantas dan mudah.

Tetapi, ramai diantara kaum wanita telah melakukan kesalahan sewaktu menggunakan pengepit untuk melentikkan bulu mata.

Dah nak dekat Hari Raya ni mesti korang nak bersolekkan? Jadi, jom kita lihat 5 kesalahan yang perlu dielak sewaktu menggunakan eyelash curler.

Melentik Bulu Mata Selepas Memakai Maskara

Sebenarnya selepas memakai maskara, bulu mata anda sudah menjadi keras dan jika anda melentikkanya lagi menggunakan pengepit ia akan menyebabkan bulu mata gugur dan rosak.

Jadi anda harus mengelak kesalahan ini sebaliknya melentik bulu mata dahulu sebelum mengguna maskara.

Mengepit Bulu Mata Terlalu Kuat

Cara yang betul mengepit bulu mata adalah dengan mengepit perlahan-lahan dan tidak lebih dari 10 saat. Jika anda menekan pengepit terlalu kuat ketika melentikkan bulu mata, ia akan merosakkan bulu mata anda.

Tidak Membersihkan Pengepit Bulu Mata

Jika anda seorang yang kerap menggunakan pengepit bulu mata, ia mungkin menyebabkan pengumpulan kuman dan bakteria.

Tanpa anda sedari pada pengepit bulu mata anda terdapat sisa celak yang lama, bulu mata gugur atau sel kulit mati yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Jadi, anda harus sentiasa memastikan pengepit bulu mata sentiasa bersih.

Cara pembersihan boleh menggunakan cecair penanggal solekan, tuang pada kapas dan bersihkan sisa kotoran pada pengepit anda.

Tidak Menggantikan Pad Getah

Pengepit bulu mata yang sudah lama digunakan harus ditukar kepada yang baru. Ini kerana pad getah pada pengepit sudah ‘haus’ dan hilang keanjalannya.

Oleh itu, pengepit bulu mata tidak dapat berfungsi dengan baik. Anda boleh menukar pad getah pengepit bulu mata tiga bulan sekali.

Membeli Pengepit Yang Tidak Berkualiti

Pengepit bulu mata yang tidak berkualiti atau murah akan menyebabkan bulu mata anda rosak dan tidak memberikan hasil yang anda mahu.

Jadi, belilah pengepit yang berkualiti agar bulu mata anda tidak rosak.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas