Connect with us

Oh! Media

3 Tips Rapatkan Hubungan Ibu & Anak Perempuan. No. 2 Tu Paling Setuju!

Minyak Masak Seri Murni

Branded

3 Tips Rapatkan Hubungan Ibu & Anak Perempuan. No. 2 Tu Paling Setuju!

Anak lagi rapat dengan pengasuh? Sedihnya…

Pernah tak korang rasa ‘cemburu’ apabila melihat anak-anak lebih rapat dengan individu lain selain daripada diri anda dan pasangan? Lebih-lebih lagi anak perempuan, kerana fitrah perempuan ni, mereka lebih manja.

Perkara ini mungkin kelihatan remeh, namun sebenarnya ia boleh mempengaruhi ikatan kekeluargaan dan hubungan buat jangka waktu yang panjang.

Lebih-lebih lagi kini, kebanyakan para isteri turut bekerja dan membuatkan ibu bapa tidak mempunyai pilihan selain menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau pengasuh.

Takut anak rasa ‘jauh’ daripada korang? Ini 3 tips yang ibu boleh lakukan untuk cipta bonding dengan anak perempuan.

1. Jadi sahabat baik anak

Mungkin kedengaran agak klise tapi korang tau tau, anak-anak yang kurang mendapat perhatian lebih mudah memberontak dan terpengaruh dengan aktiviti negatif?

Sesibuk manapun korang, cuba luangkan masa untuk jadi peneman dan sahabat anak-anak. Luangkan waktu untuk bertanyakan tentang aktiviti yang mereka lakukan. Kalau mereka cerita tentang ‘idol’ atau artis yang mereka minat pun, layankan saja, asalkan tidak melampaui batas. 

2. Cipta rutin bersama

Anak-anak yang sedang membesar akan melihat apa yang ibu bapa mereka lakukan. Sedari kecil, wujudkan satu aktiviti keluarga yang wajib dilakukan bersama setiap minggu. Sebagai contoh mengemas rumah, bersenam atau memasak bersama-sama.

Aktiviti ini bukan hanya menerapkan rasa tanggungjawab, malah mendidik anak untuk lebih berdikari. Bayangkan anak-anak daripada kecil sudah pandai masuk ke dapur, sejuk hati ibu bapa bila dah meningkat dewasa nak masak pun jadi satu perkara yang mudah buat mereka.

3. Jangan terlalu mengongkong

Beri perhatian dah betul, tapi elakkan terlalu mengongkong anak-anak. Terangkan kepada mereka apa yang baik dan buruk jika sesuatu tindakan dilakukan.

Anak-anak yang rasakan diri mereka dikongkong akan jadi lebih memberontak dan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Korang sebagai ibu pastinya tak mahu anak korang keluar sampai lewat malam dan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak sihat kan?

Seri Murni rapatkan hubungan ibu & anak

Bila tengok video ni teringat mak kat kampung. Seronok betul bila dapat masak bersama-sama dan hidangkan untuk seisi keluarga 

Lagi sedap masakan bila dimasak dengan minyak masak Seri Murni kerana ia diperbuat daripada kelapa sawit yang bermutu tinggi iaitu super olein yang merupakan minyak asli.

Bukan itu saja, kalau korang menggoreng dengan minyak masak Seri Murni, ia memberikan aroma yang sedap dan menjadikan makanan lebih rangup tau.

Paling penting, minyak masak Seri Murni ni diperkaya dengan vitamin E semula jadi dan bebas daripada kolesterol, aditif dan asid lemak transparan, menjadikannya minyak masak yang bermutu tinggi.

Sambil masak bersama-sama, kesihatan keluarga juga terjaga. 

~Terima kasih Seri Murni~

Sertai peraduan Seri Murni  & rebut  peluang menang hadiah menarik!

Korang yang masak menggunakan minyak masak Seri Murni pasti setuju yang masakan jadi lebih sedap dengan Seri Murni kan?

Kalau korang pengguna setia minyak masak Seri Murni dan followers Oh! Media, kami nak ajak korang sertai peraduan Seri Murni x Oh! Media.

Ada 4 peraduan yang akan dianjurkan sepanjang bulan November dan Disember ini. Di mana, setiap peraduan 5 orang yang bertuah bakal dipilih untuk memenangi baucar Touch n’ Go bernilai RM100/pemenang. Bestnya!

Peraduan ni akan berlangsung di Facebook Oh! Media. 20 orang pemenang bakal dipilih secara keseluruhan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas