Connect with us
Gambar Kredit: TikTok

Branded

Nasi Lemak RM1 Bangsudu. Dulu Meniaga Belakang Kereta, Sekarang Dah Ada Restoran Sendiri

Kisah Nasi Lemak Bangsudu pernah viral satu ketika dahulu, lebih tepat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Bagaimana seorang pemuda tanpa segan meniaga nasi lemak bungkus pada harga RM1 di belakang keretanya.

Pada mulanya dia hanya menjual 50 bungkus sehari sambil berharap jualannya akan laku. Kemudian tanpa disangka, kisahnya menjadi tular di TikTok dan jualannya mula meningkat sehingga menjangkau lebih 1000 bungkus setiap hari.

Dulu Viral Jual Nasi Lemak Belakang Kereta

@ohmedia

Bermula dari Nasi Lemak RM1. Siapa sangka Nasi Lemak Bangsudu sekarang dah ada restoran sendiri? Kalau dulu portion satu sudu habis, sekarang siap ada macam-macam lauk boleh pilih. Asalkan jaga kualiti makanan dan guna bahan terbaik macam minyak masak Seri Murni. Kita support!!! #serimurni #nasilemakbangsudu #seriharmurni

♬ original sound – Oh! Media

Selepas kisahnya tular, ramai yang minta Bangsudu naikkan harga jualan sebab harga barang makin naik.

Namun, menyedari bahawa rata-rata pelanggannya adalah pelajar sekolah, Bangsudu tak sampai hati untuk membebankan mereka.

Ini telah membuka satu lagi ruang kebaikan rakyat Malaysia, di mana pelanggan ‘sengaja’ membayar lebih untuk pembeli seterusnya.

Terdapat juga momen-momen lucu di mana Bangsudu mengejar pelanggan yang membayar lebih atau berkeras mebuat pembayaran walaupun sudah dilarang.

Tauke Nasi Lemak RM1 Kini Pemilik Restoran Bangsudu

Siapa sangka, dulu jual nasi lemak belakang kereta, sekarang Bangsudu dah buka restoran dengan nama signaturenya Restoran Bangsudu.

Tekad untuk menyajikan hidangan yang dapat memenuhi selera masyarakat. Bangsudu menggunakan bahan-bahan terbaik seperti nasi yang dimasak dengan santan segar, rempah sambal dengan resipi sendiri kemudian dimasak dengan minyak masak Seri Murni.

Patutlah pelanggan tak berhenti datang!

Nak masakan sedap?Jangan lupa guna Seri Murni ya. Barulah masakan sedap macam Bangsudu.

Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi dan produk Seri Murni, sila layari laman sosial rasmi Seri Murni di Facebook dan Instagram.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas