
Oh! Islam
Yadim Selar Individu Hina Islam Untuk Lariskan Produk, Gesa Tindakan Undang-undang Diambil
Oleh
Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pengusaha kosmetik melakukan perbuatan yang memperlecehkan agama islam dan perkara seperti ini tidak patut dibiarkan berlarutan apatah lagi ada pernirunya sehingga menjadi contoh kepada pihak lain.
Menurut laporan Utusan Harian, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Nasrudin Hassan berkata, pihak yang berani mempersendakan islam selayaknya diambil tindakan undang-undang agar tiada pihak yang berani menggunakan nama islam sebagai bahan jenaka.
Tambahnya lagi, hal itu berhubung juga dengan ajaran sesat yang dibawa oleh seorang pengusaha produk yang mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah tuhan yang sebahagiannya menjadi penghinaan terhadap islam untuk menaikkan rating berita sekaligus melariskan produk mereka
Tindakan demikian sangat tidak bermoral dan bermaruah. Malah selayaknya umat Islam memulaukan mana-mana produk yang dipromosikan melalui cara menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Bagaimanapun, Yadim bersedia untuk ‘berbincang’ dengan puak-puak yang mempersendakan ajaran islam bagi meluruskan fahaman mereka mengenai agama suci ini yang merupakan agama rasmi negara.
Saya menyeru umat Islam amnya dan para alim ulama khasnya agar melipat ganda usaha dakwah untuk mengajak umat manusia kembali kepada agama Allah SWT bagi memelihara kesucian islam di negara ini.
Kejahilan mesti dibasmi. Rancangan di semua saluran media seperti elektronik, cetak mahupun internet untuk membimbing serta membentuk pemikiran dan kefahaman Islam yang benar perlu dilakukan dengan lebih serius.
Pada masa sama, beliau berkata, konsep Al-Amru Bil Makruf (melaksanakan tindakan sebagaimana aturan Syariah) dan An Nahyu ‘Anil Mungkar (mencegah perkara yang bertentangan dengan syariah) perlu diaplikasikan dalam setiap sendi dan agensi kerajaan bahkan juga rakyat bagi melahirkan sebuah negara Baldatun Toyyibah Wa Rabbun Ghafur.
Kredit: Utusan Harian
