Connect with us

Oh! Media

Wanita Malang Adalah Wanita Yang Salah Pilih Suami? Ini Jawapan Mufti

Oh! Islam

Wanita Malang Adalah Wanita Yang Salah Pilih Suami? Ini Jawapan Mufti

Perkahwinan merupakan satu ikatan indah yang menghubungkan dua individu menjadi suami isteri.

ADVERTISEMENT

BACA: Baki Harta Si Mati Boleh Diambil Waris Perempuan? Ini Penjelasan Dari Sudut Islam

Namun, adakah benar seorang wanita itu dianggap malang kerana salah pilih suami? Hari ini, Oh! Media akan kongsi sedikit penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah bagi mengupas isu tersebut.

Salah pilih suami dianggap malang?

Menurut mufti, Allah telah memerintahkan buat hamba-Nya bagi berusaha mencari pasangan yang baik akhlaknya, bertanggungjawab dan mentaati perintah-Nya. Dalam pada masa yang sama, Nabi Muhammad SAW juga telah memberi garis panduan yang jelas dalam memilih pasangan.

Sifat malang pula akan dilihat dari sudut kebaikan di sisi Allah. Setiap Muslim perlu diingatkan bahawa segala sial, malang dan manfaat adalah milik Tuhan. Walau bagaimanapun, Islam mendidik agar umatnya sentiasa memperbaiki diri dan reda dengan ketentuan-Nya.

Dalam konteks perkahwinan juga, Islam menegaskan terdapat solusi yang baik bagi pasangan yang tidak mampu meneruskan kehidupan sebagai pasangan suami isteri. Oleh itu, konteks perempuan malang disebabkan salah pilih suami perlu dilihat luas dari pelbagai faktor.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas