Connect with us

Oh! Media

Baki Harta Si Mati Boleh Diambil Waris Perempuan? Ini Penjelasan Dari Sudut Islam

Oh! Islam

Baki Harta Si Mati Boleh Diambil Waris Perempuan? Ini Penjelasan Dari Sudut Islam

Pemergian seseorang dalam keluarga memberi impak yang mendalam buat ahli keluarga yang lain. Tapi, bagaimana pula dengan pengurusan harta si mati?

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Hukum Bagi Individu Yang Tidak Mahu Beri Kemaafan Kepada Orang Lain

Secara umum, urusan pembahagian harta (faraid) akan dilakukan selepas pengurusan jenazah. Sekiranya terdapat baki, pembahagian baki harta tersebut dikenali sebagai asabah.

Sudut hukum

Terdapat dua jenis waris yang layak menerima kadar pembahagian harta secara fardu atau asabah. Fardu ialah kadar bahagian daripada harta pusaka yang telah ditetapkan oleh syarak kepada waris. Antara waris fardu ialah:

  1. Bapa
  2. Ibu
  3. Pasangan iaitu suami atau isteri
  4. Anak perempuan dan cucu perempuan daripada anak lelaki
  5. Datuk sebelah bapa
  6. Nenek sebelah ibu dan nenek sebelah bapa
  7. Saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa, saudara perempuan seibu
  8. Saudara lelaki seibu

Selepas pembahagian harta untuk waris fardu, pembahagian asabah akan dijalankan sekiranya terdapat baki harta. Terdapat dua jenis asabah iaitu asabah bi al-ghairi dan asabah ma’a al-ghairi.

Pembahagian baki harta

Asabah bi al-ghairi alam terjadi apabila waris perempuan akan mewarisi secara asabah bersama saudara (adik beradik) lelaki yang sedarjat dengannya seperti anak perempuan dan anak lelaki, cucu perempuan dan cucu lelaki, saudara perempuan seibu sebapa dan saudara lelaki seibu sebapa serta saudara perempuan sebapa dan saudara lelaki sebapa.

Manakala untuk asabah ma’a al-ghairi pula adalah saudara perempuan seibu sebapa atau saudara perempuan sebapa akan mewarisi secara asabah apabila bersama anak perempuan, cucu perempuan atau kedua-duanya sekali.

Jadi semoga info kali ini bermanfaat untuk semua.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas