Connect with us

Oh! Media

“Wahai Founder Produk Berhenti Jadikan Kaabah Sebagai Alat Marketing”- PU Rahmat Ikhsan

Oh! Islam

“Wahai Founder Produk Berhenti Jadikan Kaabah Sebagai Alat Marketing”- PU Rahmat Ikhsan

Menjejakkan kaki ke Kota Suci Mekah merupakan impian bagi setiap Muslim. Perasaan tenang menunaikan ibadah di sana tak dapat digambarkan oleh kata-kata.

ADVERTISEMENT

BACA: Demi Ibadah Haji, Lelaki Berjalan Sejauh 4,000 Batu Ke Mekah Undang Sebak Netizen

Namun, ada juga yang sempat buat promosi produk dengan mengambil gambar barang jualan mereka ketika di hadapan Kaabah.

Perkara ini telah mendapat respon pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan. Menerusi satu hantaran di Facebook, PU Rahmat menegur tindakan pengasas kosmetik yang bawa produk ke kawasan Masjidil Haram.

promosi produk depan kaabah

Pendakwah ini memohon pengasas kosmetik tak jadikan Kaabah sebagai bahan marketing atau alat dagangan. Malah, founder juga diminta insaf dan memohon maaf.

Perkongsian pendakwah ini telah meraih perhatian ramai sehingga mendapat lebih 1,000 shares dan 400 komen netizen.

promosi produk depan kaabah

Rata-rata menyokong PU Rahmat dan berharap pengasas kosmetik ini dapat menerima teguran dengan baik.

Kredit: Facebook Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas