Connect with us

Oh! Media

Tular Video Pesakit Ingin Masuk Islam, Sempat Diajar Ucap Kalimah Syahadah

Islam

Oh! Islam

Tular Video Pesakit Ingin Masuk Islam, Sempat Diajar Ucap Kalimah Syahadah

Di musim pandemik ini, angka jangkitan serta kematian dilihat semakin meningkat dan tidak menunjukkan penurunan yang drastik dari hari ke hari.

BACA: “Dapat Hidayah Lepas Dengar Azan” – Adam Corrie Islamkan 20 Saudara Baharu

Sejak dari itu juga, pesakit yang mempunyai masalah penurunan oksigen akan ditidurkan sebagai salah satu kaedah untuk menyelamatkan nyawa mereka.

IKLAN

Namun sejak akhir-akhir ini, terdapat juga sedikit peningkatan daripada masyarakat yang ditemukan hidayah untuk memeluk Islam dan melafazkan syahadah.

Tular video pesakit nak masuk Islam

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita warga emas berbangsa Cina yang ingin memeluk agama Islam ketika dirawat akibat dijangkiti virus pandemik.

Video tersebut dikongsikan oleh Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah di laman Facebooknya semalam yang mana dia ingin diajarkan untuk mengucap kalimah syahadah sebelum ditidurkan.

Menerusi video itu, terlihat tiga jururawat yang berada di samping pesakit itu dengan seorang daripada mereka mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

Sebelum ditidurkan aunty (mak cik) ini minta disyahadahkan dua kalimah.

Wanita itu kelihatan melafazkan kalimah suci itu satu persatu dengan agak lancar tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pesakit tidak ditidurkan

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Ustaz Firdaus Wong Wai Hung di laman Facebook, beliau menjelaskan bahawa warga emas itu semakin beransur sihat dan tidak ditidurkan.

Menurutnya, tiada sebarang paksaan dibuat ketika pesakit tersebut ingin memeluk Islam dan ia dilakukan dengan kerelaan hatinya.

Selain itu, beliau juga berharap agar tidak timbul sebarang isu berkaitan proses tersebut dan tidak mempolemikkan ia dengan agama Islam.

Jangan nak mempolemikkan dengan cuba menuduh kerja jururawat atau doktor bukan mengIslamkan tetapi merawat.

Para jururawat dan doktor yang terlibat membantu aunty ini memeluk Islam, tidak usah gentar dan takut kepada mereka.

Maklumat baru yang kami terima adalah aunty ini tidak ditidurkan dan dia semakin beransur sihat.

Tambahnya lagi, salah seorang daripada anaknya juga telah lebih awal memeluk Islam dan kejadian dikatakan berlaku di Hospital Duches of Kent, Sandakan.

Menantu tampil beri penjelasan

Berhubung dengan itu, menerusi ruangan komen, seorang pemilik laman Facebook bernama Azlinah Awlynn tampil mengakui dirinya merupakan menantu kepada warga emas itu, lapor Kosmo.

Menurut wanita berkenaan, ibu mertuanya kini beransur pulih meskipun sebelum ini disahkan berada dalam fasa kritikal oleh doktor.

Ini adalah niat ibu mertua sebelum disahkan dijangkiti wabak pandemik tahap 5. Alhamdulillah dengan bantuan Biro Agama Hospital Duchess of Kent, urusan itu dipermudahkan.

Terima kasih yang mendoakan, semoga Allah melindungi kalian semua.

Tangkap
Sumber Kosmo

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut sebak dengan video tersebut serta mendoakan kesembuhan kepada wanita itu.

Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah mencapai lebih daripada 31,000 jumlah tontonan serta 765 tanda suka.

Kredit: Facebook Mohd Taufik Tee Abdullah dan Ustaz Firdaus Wong Wai Hung I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas