Connect with us

Oh! Media

Tokoh Ulama Perak, Tuan Guru Syeikh Ismail Alang al-Kholidi Meninggal Dunia Pada Usia 97 Tahun

Oh! Islam

Tokoh Ulama Perak, Tuan Guru Syeikh Ismail Alang al-Kholidi Meninggal Dunia Pada Usia 97 Tahun

Inna lillahi wainna ilayhi rojuin, dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Guru Syeikh Ismail Alang Muhammad al-Kholidi yang merupakan seorang tokoh ulama Perak telahpun kembali ke rahmatullah pada usia 97 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA : Abang Ali Meninggal Dunia, Terlibat Kemalangan Motosikal

Perkara ini disampaikan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa menerusi satu posting yang dimuatnaik di Facebook rasminya.

Untuk pengetahuan, nama sebenar beliau adalah Syeikh Ismail Bin Alang Muhammad yang dilahirkan pada tahun 1925/1926. Beliau dikatakan mendapat pendidikan awal dari datuknya sendiri iaitu Mufti Haji Ismail Hamzah dalam asas ilmu agama.

Beliau juga dikatakan giat mempelajari ilmu agama ketika di usia muda yang berguru dengan para alim ulama terkenal seperti Syeikh Abdullah Fahim, Syeikh Fakeh Osman dan Mufti Haji Sya’ya dan ramai lagi.

Semoga Allah menerima segala amal kebajikannya dan merahmati rohnya. Al-Fatihah (dibaca).

Kredit: Facebook Dr Mujahid

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas