Connect with us

Oh! Media

“Terkesan Orang Panggil Kami Scammer”- Agensi Mohon Maaf, Dakwa Sudah Usaha Terbangkan Jemaah

agensi

Oh! Islam

“Terkesan Orang Panggil Kami Scammer”- Agensi Mohon Maaf, Dakwa Sudah Usaha Terbangkan Jemaah

Sedih melihat nasib saudara kita yang terpaksa melupakan impian mereka untuk menunaikan ibadah Haji tahun ini. Rasanya semua sedia maklum dengan ujian yang dilalui 400 bakal jemaah haji yang terkandas akibat kegagalan pihak travel.

ADVERTISEMENT

BACA: “Terima Hakikat Tuan Puan” – Tular Video Anak Jemaah Bakal Haji ‘Pujuk’ Mangsa Terkandas Di KLIA

Pihak travel ralat dilabel scammer

Isu ini mendapat perhatian ramai orang dan rata-rata mendakwa ini adalah satu bentuk penganiayaan kepada jemaah yang sudahpun habis belasan dan puluhan ribu ringgit. Hal ini juga membuatkan agensi terlibat dilabel sebagai scammer.

Bagaimanapun, memetik laporan Astro Awani, wakil syarikat agensi pelancongan, UC Travel ada menghantar mesej melalui WhatsApp.

Akan pulangkan semua wang jemaah

Jutaan maaf dari kami pihak UC Travel. Kami sudah sedaya upaya berusaha untuk terbangkan jemaah, tetapi kami tidak berjaya.

Maka pihak kami akan membuat pemulangan wang kepada jemaah yang terlibat. Saya juga terkesan bila orang panggil kami scammer. Hakikatnya, kami di UC Travel sangat berusaha untuk terbangkan jemaah.

Pihak UC Travel juga akan membuat sidang media pada minggu hadapan untuk memberkan penjelasan.

Bukan UC Travel sahaja, banyak lagi agensi yang gagal

Saya akan bincang dengan peguam saya dahulu. Kerana bukan kami sahaja yang gagal, ramai lagi agensi pelancongan gagal. Tetapi kami terkedepan kerana kami bawa jemaah ke lapangan terbang. Kami memang cuba sedaya upaya.

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan sebaiknya. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, turut memulakan siasatan mengikut Seksyen 8(1) (d) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas