Connect with us

Oh! Media

“Tak Seharusnya Begitu Tabarruj” – Wanita Berhijab Pakai Cap Haram? Pendakwah Perjelas Hukum

Oh! Islam

“Tak Seharusnya Begitu Tabarruj” – Wanita Berhijab Pakai Cap Haram? Pendakwah Perjelas Hukum

Kalau korang perasan, pada hari ini ramai wanita berhijab yang mengenakan topi sebagai perhiasan atau berlindung daripada panas matahari.

ADVERTISEMENT

Gaya tersebut telah mengundang respon seorang pendakwah bebas, Dai Fuad mengenai hukum perempuan mengenakan topi.

Menurutnya, topi sebenarnya tak begitu mesra dengan alam Melayu sebab dalam kitab perukunan ada menyatakan topi mampu melemahkan iman disebabkan ianya bukan identiti orang beriman. Topi pada dahulunya dipakai oleh para pendakyah yang menyebarkan agama bukan Islam.

Namun bukanlah bermaksud pakai cap tu haram, waktu itu keadaan berbeza daripada keadaan hari ini. Hari ini orang pakai cap sebab nak rapikan rambut dan juga nak elak daripada panas.

Maka sebenarnya boleh sahaja orang perempuan nak pakai cap cuma pandangan saya kalau boleh elakkan sebab perempuan seharusnya tidak begitu tabarruj ataupun menonjol dari sudut pakaian mereka. Ini penting supaya mereka tetap dipelihara dan tetap dihormati.

Meskipun begitu, hukum memakai topi bukanlah haram. Tetapi sebaiknya kaum wanita mengelak pakai topi untuk menghindarkan diri daripada tabarruj atau terlalu menonjol dalam penampilan.

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan daripada netizen keliru dan kurang faham dengan kenyataan lemah iman dan tabarruj tersebut.

Kredit: Dai Fuad Mokhtar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas