Connect with us

Oh! Media

“Saya Digelar Sombong, Jadi Ustaz” – Adam Corrie Kongsi Kisah Awal Pengislaman

Oh! Islam

“Saya Digelar Sombong, Jadi Ustaz” – Adam Corrie Kongsi Kisah Awal Pengislaman

Umum mengetahui, pelakon, Adam Corrie kini bergiat aktif dalam menyebarkan dakwah Islam selain turut kerap menyertai program-program berunsur islamik.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Dragon’, Adam Corrie Terima Banyak Ugutan Selepas Islamkan 20 Saudara Baharu

Sebelum ini, pelakon filem KL Gangster itu turut mengakui pernah menerima ugutan selepas terdapat pihak yang tidak berpuas hati melihat dirinya menyebarkan agama Islam kepada orang kafir.

Bagaimanapun, dia membayangkan perkara itu sebagai ujian dari Allah untuk dirinya bagi melihat sejauh mana kesabarannya.

Pernah dilabel sombong ketika awal pengislaman

Namun, pendakwah bebas itu turut berkongsikan kisahnya semasa baru memeluk silam apabila pernah dilabel sombong kerana tidak bersalam dengan wanita.

Pelakon berusia 52 tahun itu mengakui perubahan yang dilakukan 14 tahun yang lalu itu mengambil masa untuk diterima orang sekeliling.

Saya teringat dulu ketika awal pengislaman, saya masih lagi berjabat tangan dengan wanita. Tapi selepas sudah berkahwin, bidadari saya (isteri) maklumkan bahawa orang Islam tak boleh bersentuhan dengan berlainan jantina, haram.

Adam Corrie bersama isteri dan adiknya

Pada awalnya memang agak sukar untuk mengelak dari peminat dan rakan artis wanita yang hulurkan tangan untuk bersalam. Lama-lama saya rasa, perlu berani buat perubahan demi kebaikan. 

Menurutnya, sejak dari itu, setiap kali terdapat wanita yang ingin menghulurkan tangan untuk berjabat tangan, dia akan meminta maaf sambil meletakkan tangan di dada.

Turut mendapat pandangan sinis dari orang ramai

Tambahnya lagi, perubahan dirinya itu bagaimanapun dapat diterima baik, namun tidak terkecuali turut mendapat pandangan sinis.

Selain itu, dia juga mengakui mengambil masa selama empat tahun untuk orang sekeliling menerimanya walaupun menerima pelbagai pandangan negatif dari pelbagai pihak.

Ada yang terima dengan baik, ada yang kata sombong, ada kata sudah jadi ustazkah? Dan macam-macam lagi. Makan masa juga untuk buat perubahan dan orang sekeliling terima perkara baik ini, selepas empat tahun. 

Saya faham, budaya bersalaman ini sudah diterapkan sejak dulu lagi sebagai tanda hormat. Tak kisahlah lelaki atau perempuan, perlu bersalam. Kalau tak bersalaman dikata kurang ajar, tiada adab.

Bagaimanapun, menurutnya, budaya bersalaman dengan bukan mahram adalah tidak sesuai dalam Islam dan bersyukur rata-rata mereka sudah mula faham akan situasi itu.

Dia juga mengakui perubahan sebegitu cukup bermakna untuk dirinya meskipun mungkin kelhatan kecil atau remeh di mata sesetengah orang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas