Connect with us

Oh! Media

Jumlah Perkahwinan Pasangan Malaysia Di Selatan Thailand Menurun 40 Peratus

Ohmedia perkahwinan di selatan thailand

Oh! Islam

Jumlah Perkahwinan Pasangan Malaysia Di Selatan Thailand Menurun 40 Peratus

Jumlah pasangan Malaysia yang berkahwin di selatan Thailand dilaporkan menurun sebanyak 40% selepas larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram dikuatkuasakan pada 1 Disember lalu.

Langkah ini ternyata memberi kesan besar kepada pasangan yang sebelum ini memilih wilayah seperti Narathiwat untuk mengikat tali perkahwinan secara senyap.

Penguatkuasaan semakin ketat jadi punca penurunan…

Image

Menurut Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat, ramai pasangan Malaysia membatalkan rancangan mereka ke wilayah tersebut akibat pemeriksaan ketat di sempadan.

IKLAN

Tahun lalu, lebih 300 pasangan Malaysia berkahwin di Narathiwat, kebanyakannya dari Kelantan dan Terengganu. Namun, sejak larangan rentas sempadan haram, jumlah itu menurun mendadak. Ramai kini memilih untuk terus ke Songkhla.- Katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa dalam tempoh sebulan selepas larangan tersebut, majlis agama hanya merekodkan satu hingga dua pasangan Malaysia berkahwin setiap hari, berbanding empat hingga lima pasangan sebelum ini.

Poligami dan prosedur nikah dipermudah…

Image

Majoriti lelaki Malaysia yang memohon untuk berkahwin di selatan Thailand adalah bagi tujuan poligami, dengan kebanyakan mereka berusia 30 tahun ke atas dan bekerja sebagai penjawat awam.

Ia tidak menjadi masalah bagi kami untuk melangsungkan akad nikah selagi mereka mematuhi peraturan dan menyediakan dokumen lengkap. Segala urusan kami permudahkan dan pasangan hanya perlu membayar yuran yang ditetapkan.- Ujar Abdul Aziz.

Beliau turut menyatakan harapan agar pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla dapat memproses dokumen perkahwinan dalam masa sehari untuk memudahkan urusan pasangan Malaysia.

30 ahli jawatankuasa sedia berkhidmat mudahkan urusan poligami…

Abdul Aziz juga memaklumkan bahawa 30 ahli jawatankuasa telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Narathiwat untuk menguruskan akad nikah bagi pasangan Malaysia dan Thailand.

Pasangan Malaysia yang bernikah di sini akan menerima layanan terbaik selagi mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.- Katanya lagi.

Ohmedia perkahwinan di selatan thailand

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas