Connect with us

Oh! Media

‘Dragon’, Adam Corrie Terima Banyak Ugutan Selepas Islamkan 20 Saudara Baharu

adam corrie

Oh! Artis

‘Dragon’, Adam Corrie Terima Banyak Ugutan Selepas Islamkan 20 Saudara Baharu

Sebelum ini kami ada kongsikan tentang pelakon dan pendakwah bebas, Adam Corrie yang membantu 20 saudara baru memeluk agama Islam. Adam atau sudah melekat dengan panggilan Dragon dalam filem KL Gangster itu bagaimanapun tidak terlepas dari menerima pelbagai ugutan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dapat Hidayah Lepas Dengar Azan” – Adam Corrie Islamkan 20 Saudara Baharu

Ini selepas ramai yang tidak berpuas hati melihat apa yang dilakukannya menyebarkan agama Islam kepada orang kafir.

Apabila melakukan kerja-kerja mengislamkan orang, saya sentiasa sedia berdepan pelbagai jenis orang yang tidak berpuas hati dengan kerja saya. Ada kalanya, saya mengaku lelah dan marah kerana terpaksa menghadapi semua ini sendirian.

Adam yang memeluk agama Islam sejak tahun 2007 itu kemudian bertindak berjumpa dengan guru agama atau ustaz bagi meredakan kemarahan serta rasa putus asa dalam diri.

adam corrie

Sememangnya kerja-kerja mengislamkan seseorang ini bukanlah mudah dan Adam turut menceritakan ramai yang was-was untuk melakukan perkara itu. Antara yang dibimbangkan mereka adalah akan dibuang keluarga serta dipulau rakan-rakan jika menukar agama.

Selalunya, saya menasihati mereka yang berada dalam dilema agar ambil masa. Apabila sudah benar-benar bersedia, barulah kita teruskan dengan proses pengislaman. Mereka bimbang dibuang keluarga hingga keistimewaan yang diperoleh daripada keluarga terutama berkaitan kewangan ditarik balik.

Adam bagaimanapun mengakui itu semua adalah ujian biasa yang akan dilalui seorang mualaf dan membayangkan itu sebagai ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran kita.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas