Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Ini Amalan Terbaik Untuk Dilakukan Sepanjang 10 Malam Terakhir Bulan Ramadan

amalan terbaik sepanjang 10 malam terakhir bulan Ramadan

Oh! Islam

#RENUNGAN Ini Amalan Terbaik Untuk Dilakukan Sepanjang 10 Malam Terakhir Bulan Ramadan

Ramadan adalah bulan pembersihan dan penyucian rohani bagi umat Islam. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah, amal soleh dan amal jariah. Pejam celik pejam celik, kita sudah memasuki fasa sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan.

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN Belum Pernah Bertaubat? Ini Rukun Dan Amalan Selepas Taubat

Sepuluh malam /hari terakhir di bulan Ramadan adalah waktu yang penting kerana Allah swt menunjukkan belas kasihan yang besar kepada ciptaan-Nya. Umat Islam berpeluang untuk mendapat manfaat daripada keberkatan dan kerahmatan di bulan Ramadan.

Jadi pada edisi #RENUNGAN pada kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda amalan yang terbaik serta dituntut untuk dilakukan ketika berada di 10 malam terakhir di bulan Ramadan.

Pertama: Solat qiamulail

Syarat qiamulail adalah tidur sebentar dan bangun pada tengah malam untuk mendirikan solat. Ini yang dilakukan oleh Baginda s.a.w. sebagaimana hadis yang disebutkan di atas. Antara solat yang boleh dilakukan adalah solat sunat tarawih, tahajjud, taubat, hajat, tasbih dan witir.

Kedua: berdoa memohon keampunan

Antara kelebihan yang Allah berikan pada pada malam itu adalah penghapusan dosa. Walau dosa sebanyak buih dilautan pun tetap Allah ampunkan dengan syarat berdoa dan meminta kepadanya degan penuh keazaman dan keikhlasan. Abu Hurairah r.a. dari Baginda s.a.w.

sesiapa yang melakukan qiamulail pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu” HR Bukhari.

Ketiga: Berdoa seperti mana yang diajarkan Baginda s.a.w.

Baginda ada menitipkan doa yang boleh dibaca pada malam tersebut iaitu,

“Allahumma a’uzu bi ridhaka min sakhatika wa bi mua’fatika min ‘uqubatika”

(Ya Allah! Aku memohon perlindungan dengan reda Mu daripada kemarahan Mu dan aku berlindung dengan kemaafan Mu daripada kemurkaan Mu) HR Muslim.

Keempat: Beri’tikaf di masjid

Setiap kali tiba 10 malam terakhir Ramadan, Baginda s.a.w. akan beri’tikaf. Dari Abu Hurairah r.a.

“Bahawa Nabi s.a.w. beri’tikaf pada setiap kali Ramadan pada 10 hari. Tetapi beri’tikaf 20 hari pada tahun kewafatannya” HR Bukhari.

Kelima: Mengejutkan ahli keluarga dan beribadah bersama

Baginda s.a.w. tidak bersendirian beribadah kepada Allah pada malam tersebut melainkan bersama ahli keluarganya yang lain. Menurut Aisyah r.ha.

“Adapun Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda s.a.w. membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut” HR Ibnu Hibban.  

Keenam: Bertadarus membaca al-Quran dan berzikir

Membaca al-Quran dan berzikir mengingati Allah adalah amalan yang mengundang pahala yang besar dan dituntut. Dalam sebuah hadis menyebutkan dari Amru bin A’sh Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Sesiapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran, maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai” HR Abu Daud.

Semoga kita semua mampu untuk melaksanakan segala ibadah dan amalan yang dituntut untuk dilakukan ini serta beroleh ganjaran sebagaimana yang dijanjikan Allah S.W.T. Insyaa-Allah.

Kredit: Utusan TV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas