Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Ini 5 Sunnah Puasa Ikut Cara Rasulullah SAW

Oh! Islam

#RENUNGAN Ini 5 Sunnah Puasa Ikut Cara Rasulullah SAW

Bulan Ramadan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam dalam menggandakan pahala. Bulan ini juga merupakan bulan di mana ibadah puasa dijalankan.

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN Kisah Sebenar Syaitan Mengajar Kelebihan Ayat Kursi Pada Abu Hurairah

Bila sebut tentang puasa sudah tentu niat berpuasa kita mahu dinilai tinggi oleh Allah SWT bukan? Jadi, jom kita telusuri satu persatu sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika berpuasa.

Sunnah ketika puasa

1. Bersahur

puasa

Tahukah korang bahawa bersahur akan memberi kesegaran buat kita dalam menghabiskan hari siang dengan berpuasa? Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW pernah bersabda:

Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah SAW juga menekankan bahawa bangun bersahur adalah salah satu dari ciri-ciri berpuasa orang Islam berbanding agama lain.

2. Segerakan berbuka

puasa

Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah SAW. Menurut hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda:

Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.

Jadi, jangan ambil remeh ya mengenai perkara ini!

3. Berbuka dengan kurma

puasa

Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah memakan beberapa biji kurma ketika berbuka puasa. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik:

Rasulullah SAW apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.

Rasulullah SAW akan makan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila terasa lapar, barulah baginda akan makan selepas solat.

4. Tidur Qailulah

puasa

Tidur Qailulah merupakan tidur sebentar sebelum solat Zohor. Hal ini akan memudahkan kita untuk bangun waktu malam bagi mengerjakan amal ibadah. Rasulullah SAW bersabda:

Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.

Tapi tidur sekejap sahaja ya, jangan tidur sepanjang hari!

5. Jaga lidah

puasa

Di bulan yang penuh keberkatan ini sudah semestinya setiap umat Islam perlu menjaga lidah daripada perbuatan bercakap kasar atau mengumpat. Menurut hadis riwayat Imam Al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda:

Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata “Saya berpuasa”.

Jadi, jangan lupa amalkan ya!

Kredit: Aku Islam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas