Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Kisah Sebenar Syaitan Mengajar Kelebihan Ayat Kursi Pada Abu Hurairah

Oh! Islam

#RENUNGAN Kisah Sebenar Syaitan Mengajar Kelebihan Ayat Kursi Pada Abu Hurairah

Umat Islam sering diingatkan untuk membaca Ayat Kursi sebelum tidur atau sebelum keluar rumah bagi mendapat perlindungan daripada gangguan syaitan.

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN ‘Upload’ Gambar Makanan Sebelum Berbuka Dikira Dosa? Ini Penjelasan Mufti Pulau Pinang

Namun, tahukah korang bahawa syaitan sendiri yang mengajar manusia mengenai kelebihan ayat tersebut. Tak percaya? Jom, Oh Media kongsi sejarah sebenar mengenai Ayat Kursi.

Syaitan mengajar Ayat Kursi

syaitan

Dalam hadis riwayat Imam Bukhari, diceritakan satu kisah mengenai Abu Hurairah telah diamanahkan oleh Nabi Muhammad SAW menjaga barang zakat Ramadan. Satu malam, seorang pencuri ditangkap oleh Abu Hurairah ketika hendak mencuri barangan zakat tersebut. Abu Hurairah berkata:

Demi Allah, sungguh aku akan melaporkanmu kepada Rasulullah SAW.

Dengan nada yang lembut pencuri itu memujuk Abu Hurairah untuk melepaskannya. Dia menjawab:

Sebenarnya, saya memerlukan. Saya mempunyai tanggungan keluarga dan saya mempunyai keperluan yang sangat terdesak.

Abu Hurairah melepaskan pencuri itu atas dasar kasihan. Keesokan harinya, beliau mengadu perkara tersebut kepada Nabi Muhammad SAW. Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW bersabda:

Ketahuilah, sesungguhnya ia telah berbohong kepadamu dan ia akan kembali lagi.

Pada malam seterusnya, perkara yang sama terjadi dan pencuri tersebut meminta Abu Hurairah melepaskannya dengan alasan tidak mengulangi perbuatan tersebut lagi. Namun, Rasulullah SAW tetap memberi jawapan yang sama bahawa pencuri tersebut berbohong.

Malam yang ketiga adalah malam di mana Abu Hurairah tidak melepaskan pencuri tersebut. Dalam keadaan terdesak, pencuri tersebut berkata:

Lepaskanlah aku. Aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberimu manfaat. Bacalah Ayat Kursi sampai akhir ayat. Sesungguhnya, kamu sentiasa akan mendapatkan kalimat penjaga dari Allah SWT dan sungguh syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.

Keesokan harinya, Abu Hurairah bertemu dengan Nabi Muhammad menceritakan mengenai hal yang berlaku pada malam itu. Rasulullah SAW kemudian bersabda:

Ketahuilah, sesungguhnya pencuri itu telah berkata benar kepadamu, meskipun ia itu adalah pembohong.

Apabila Rasulullah SAW bertanya kepada Abu Hurairah adakah beliau mengenali pencuri itu. Abu Hurairah hanya menjawab tidak. Nabi Muhammad SAW bersabda:

Dia (pencuri) itu adalah syaitan.

Ha, menarik bukan kisah sebenar kelebihan Ayat Kursi ini? Jom, kita amalkan selalu sebagai pelindung diri.

Kredit: Detik edu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas