Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN 5 Adab Dan Sunnah Sebenar Ketika Berhari Raya

Oh! Islam

#RENUNGAN 5 Adab Dan Sunnah Sebenar Ketika Berhari Raya

Tak lama lagi, umat Islam bakal menyambut ketibaan hari raya Aidilfitri. Namun, kadang kita terlupa akan adab yang perlu dijaga pada hari tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN Ini Cara Rasulullah SAW Sambut Hari Raya Aidilfitri

Jangan risau, Oh! Media kali ini akan kongsi 5 adab dan sunnah yang sebenar untuk dihidupkan ketika berhari raya. Jom, kita semak!

5 Adab berhari raya

adab

1. Takbir, Tasbih dan Tahmid

Apabila terbenamnya matahari di hari terakhir Ramadan, kita digalakkan mensyukuri nikmat Allah SWT kerana berjaya berpuasa selama 30 hari. Namun, tak semua mampu melakukan ibadah sunat ini kerana terlalu sibuk membuat persiapan hari raya. Sekadar nasihat, sesibuk manapun kita jangan lupa basahkan lidah dan terangkan hati untuk bertakbir memuji Ilahi.

adab

2. Mandi sunat hari raya

Mandi sunat merupakan satu perkara yang diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Waktu yang digalakkan untuk mandi sunat ini bermula pada terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

adab

3. Pakai baju raya yang terbaik dan wangi wangian

Baju raya yang terbaik tidak memberi maksud pakaian yang baru. Ia merupakan pakaian yang paling terbaik yang sudah kita miliki. Walau bagaimanapun, ramai di luar sana yang sering salah faham mengenai konsep ini. Tak perlu beli baru dan mahal-mahal pun. Cukup sahaja sekadar pakaian yang terbaik.

adab

4. Solat sunat Aidilfitri di Masjid

Jangan lepaskan peluang menunaikan solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah raya di masjid, surau atau tempat lapang yang mengadakan solat sunat berkenaan. Ia bukti kita mendahulukan Allah SWT daripada perkara lainnya.

adab

5. Ucapah tahniah dan saling mendoakan

Adab ini sering dilupakan oleh masyarakat pada masa kini. Dalam Islam, kita sepatutnya mengucapkan tahniah dan mendoakan sesama sendiri seperti:

“Taqabbalallahu minna wa minkum”

Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.

Jangan pula kita menggunakan tiket ‘hari raya’ sebagai alasan untuk bertanyakan soalan-soalan menyakitkan hati kepada orang lain. Hari raya merupakan hari kemenangan yang memuliakan orang lain untuk berhak berasa gembira.

Kredit: Rileklah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas