Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Ini Cara Rasulullah SAW Sambut Hari Raya Aidilfitri

Oh! Islam

#RENUNGAN Ini Cara Rasulullah SAW Sambut Hari Raya Aidilfitri

Pejam celik pejam celik bulan Ramadan akan melabuhkan tirainya tak lama lagi. Sudah semestinya hari raya Aidilfitri adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam.

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN Ini Janji Allah SWT Buat Pemberi Sedekah Di Bulan Ramadan

Tapi pernah tak anda terfikir bagaimana agaknya Nabi Muhammad SAW menyambut ketibaan bulan Syawal ini? Ha, jom kita check sunnah yang sering Nabi amalkan!

Cara Rasulullah SAW sambut Syawal

aidilfitri

1) Makan sebelum keluar rumah

Sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid, umat Islam digalakkan untuk menjamah sedikit makanan dahulu. Hadis riwayat at-Tirmidzi memberitahu:

Rasulullah tidak keluar (menuju ke tempat solat) pada hari Aidilfitri sehingga Baginda makan.

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah

Malah, umat Islam juga dilarang untuk berpuasa di hari Syawal pertama kerana hukumnya adalah haram.

aidilfitri

2. Pulang dengan jalan yang berbeza

Terdapat satu Hadis riwayat al-Bukhari menjelaskan Nabi Muhammad SAW pulang ke rumah dengan jalan yang berbeza setelah menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Rasulullah membezakan jalan (ketika pergi menunaikan solat dan pulang ke rumah) ketika Aidilfitri.

Hadis riwayat al-Bukhari

Mesej yang disampaikan di sini menunjukkan Rasulullah SAW akan menemui ramai orang bagi mengetahui khabar berita serta kebajikan umatnya.

aidilfitri

3. Mendoakan kebaikan sesama masyarakat

Dalam pada masa yang sama, sahabat Rasulullah SAW saling mendoakan kebaikan sesama mereka ketika bertemu di hari raya.

Sahabat Rasulullah apabila bertemu pada hari raya, mereka mengucapkan antara satu dengan yang lain: “Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu.

Jubair bin Nufair

Semoga sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dapat diamalkan dan dimanfaatkan oleh semua.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas