Connect with us

Oh! Media

Ramai Kecam Bandingkan Konsert Justin Bieber Dengan Kelas Agama, Pendakwah Bebas Tampil Mohon Maaf

pendakwah bebas

Oh! Islam

Ramai Kecam Bandingkan Konsert Justin Bieber Dengan Kelas Agama, Pendakwah Bebas Tampil Mohon Maaf

Peminat Justin Bieber nampaknya semakin tak sabar menanti ketibaan penyanyi popular itu ke Malaysia selepas bakal melakukan persembahan dalam konsert Justice World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Oktober ini.

ADVERTISEMENT

Walaupun tiket konsert ini dijual bermula dari RM288 hingga RM2,088, ianya pasti tetap akan direbut peminat nanti.

BACA: Justin Bieber Buat Konsert Terbesar Di Malaysia Oktober Ini, Tiket Tertinggi Pada Harga RM2,088

Namun, baru-baru ini tular di laman Twitter satu ciapan daripada seorang pendakwah bebas, Iddin Ramli yang berkongsi video membandingkan bagaimana orang ramai lebih teruja untuk pergi ke konsert Justin Bieber daripada menyertai kelas agama.

Demi dunia sanggup buat apa sahaja!

Menurutnya, orang ramai lebih rela membeli ticket konsert yang mahal berbanding membayar pendaftaran memasuki kelas agama yang jauh lebih murah.

idin

Kalau macam ni ramai yang datang. Belum sempat jual tiket confirm dah sold out ni. Tengok pula senarai harga dia dari RM288 hingga RM2,088. MasyaAllah. Pun sold out macam ni.

Untuk dunia ramai sanggup buat apa sahaja. Untuk agama kadang kita leka. Pula Ramadhan lagi beberapa hari saja tapi kita masih belum bersedia.

Dengar dahulu video yang dikongsikan Iddin Ramli di bawah…

Bagaimanapun, ciapan tersebut telah menerima respon yang kurang baik daripada rata-rata pengguna yang menyifatkan perbandingan itu tidak wajar dilakukan.

twitter

PERMOHONAN MAAF ISU JUSTIN BIEBER & PROMOSIKAN KELAS TADABBUR AL-QURAN

Iddin kemudian tampil membuat permohonan maaf atas perkongsiannya selepas sedar telah dikecam di Twitter. Dia menyatakan perkongsiannya di Facebook, Instagram dan TikTok mendapat sokongan dan bersetuju dengannya tetapi sebaliknya di Twitter.

Mungkin isu Justin Bieber tu ada melukakan hati mana-mana pihak, menimbulkan tidak puas hati pihak lain, Terang lagi bersuluh video itu ditujukan kepada umat Islam. Kalau tak percaya kita tengok berapa ramai umut Islam akan hadir nanti ketika konsert itu berlangsung.

Yes mungkin Iddin ada silapnya dan cara Iddin tidak betul. Kadang-kadang bila kita ditegur, ditunjuk dan diajar maka kita akan sedar akan kesilapan yang kita buat.

Iddin minta maaf ya? Sungguh. Minta maaf. tak pernah Iddin diajar untuk menyakiti mana-mana hati orang yang Iddin tak kenal. Mungkin penyampaian Iddin juga mengundang salah faham dan Iddin akui perkara itu.

Apapun bagi mereka yang beragama Islam ambillah apa yang baik dan tinggalkanlah perkara kurang baik. Ambil pengajaran dari apa yang cuba disampaikan, InsyaAllah hidup kita akan lebih bahagia.

Kredit: Instagram Iddin Ramli

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas