Oh! Artis
Justin Bieber Buat Konsert Terbesar Di Malaysia Oktober Ini, Tiket Tertinggi Pada Harga RM2,088
Kalau korang peminat Justin Bieber mesti dah tahu penyanyi korang ni akhirnya akan membuat persembahan di Kuala Lumpur pada bulan Oktober nanti.
Semalam kecoh dekat media sosial selepas tersebar poster Justice World Tour dan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi persembahan. Konsert jelajah Justin Bieber ini akan diadakan di 20 buah negara tahun ini.

Suami kepada model terkenal Hailey Bieber itu juga akan membuat persembahan terbuka di Jakarta, Nagoya, Osaka, Tokyo selama 100 hari sehingga tahun 2023.

Selain itu, penyanyi lagu Anyone itu juga akan mengadakan ‘tour’ di negara lain seperti Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika Selatan, Australia, New Zealand dan juga Timur Tengah.
Harga tiket bermula dari RM288 hingga RM2,088


Tiket akan mula dijual pada 31 Mac ini dan korang boleh dapatkan cepat-cepat sebab mesti akan sold out tak sampai seminggu ni.


Kredit: mStar Online
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM