Connect with us

Rakyat Malaysia Ke-17 Meninggal Dunia Jam 4:10 Pagi Tadi

Oh! Islam

Rakyat Malaysia Ke-17 Meninggal Dunia Jam 4:10 Pagi Tadi

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 17 orang setakat ini.

Kes kematian ke-17 (kes ke-1251) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.



Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020. Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama. Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga pesakit.




Sumber: Majlis Keselamatan Negara.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Trending

To Top