Connect with us

Oh! Media

Perak Benarkan Warga Asing Lengkap Dos Vaksinasi Solat Di Surau, Masjid

Oh! Islam

Perak Benarkan Warga Asing Lengkap Dos Vaksinasi Solat Di Surau, Masjid

Berkuat kuasa 2 November 2021, warga asing lengkas dos vaksinasi, kanak-kanak serta remaja berusia 12 tahun ke atas mendapat kebenaran untuk menunaikan solat fardu dan solat Jumaat di masjid seluruh negeri Perak.

ADVERTISEMENT

BACA: Kapasiti Penuh Solat Jumaat Di Melaka Mulai 1 Oktober

Perkara itu diumumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Kebenaran diberikan kepada warga asing dengan syarat mereka sudah mengambil dua dos vaksin (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac) dan melepasi 14 hari selepas dos kedua.

Atau satu dos vaksin bagi (Cansino, Maderna dan Johnson & Johnson) dan melepasi 28 hari selepas dos pertama itu

Selain lengkap vaksinasi, mereka perlu memenuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana ditetapkan kepada jemaah tempatan.

warga asing solat jemaah

Tambahnya, semua aktiviti pengajian dan pengimarahan di masjid dan surau seperti Program Sambutan Maulidur Rasul, Sambutan Maal Hijrah, dan program berkhatan turut dibenarkan. Ianya termasuk peserta dari luar kariah (masih dalam negeri Perak).

Bagi aktiviti membaca al-Quran pula, jemaah dibenar menggunakan al-Quran yang terdapat di masjid dan surau. Pintu masjid perlu dibuka sepanjang (waktu) solat atau selepas solat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas