Connect with us

Oh! Media

Kapasiti Penuh Solat Jumaat Di Melaka Mulai 1 Oktober

Solat Jumaat Melaka

Oh! Islam

Kapasiti Penuh Solat Jumaat Di Melaka Mulai 1 Oktober

Bermula 1 Oktober 2021, ruang kapasiti masjid dan surau di Melaka dibenarkan digunakan sepenuhnya untuk solat Jumaat dengan mengekalkan penjarakan fizikal 1.5 meter.

BACA: Masjid Di Putrajaya Dan Kuala Lumpur Dibenarkan Solat Jumaat 500 Jemaah

Memetik laporan Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat memaklumkan, ketetapan itu dibuat mengikut keadaan terkini di mana Melaka telah memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

IKLAN

Kawasan dibenarkan adalah di dalam ruang solat masjid.

Pembinaan khemah tambahan adalah dilarang. Begitu juga dengan di masjid kariah dan surau di seluruh negeri ini.

Jelasnya lagi, individu yang hadir untuk solat atau aktiviti pengimarahan perlu lengkap dua dos vaksin dan melepasi tempoh matang selama 14 hari. Ibu bapa tidak digalakkan membawa anak-anak berusia bawah 12 tahun ke masjid.

Solat Jumaat

Bagi solat fardu dan solat jenazah di masjid kerajaan negeri pula, jumlah kapasiti dibenarkan adalah seramai 500 jemaah.

Bagi masjid kerajaan jumlah maksimum jemaah adalah 500 orang, manakala masjid kariah seramai 200 dan surau 100 jemaah.

Sementara itu, aktiviti seperti perhimpunan ramai, jamuan di masjid dan surau, aktiviti gotong royong dan jemaah tabligh setakat ini masih ditangguhkan.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas