Connect with us

Oh! Media

Orang Islam Paling Ramai Ikut Trend ‘Speed Dating’ Untuk Cari Jodoh, Halal Ke?

Speed dating asma harun ohmedia

Oh! Islam

Orang Islam Paling Ramai Ikut Trend ‘Speed Dating’ Untuk Cari Jodoh, Halal Ke?

Kalau korang perasan, sekarang ni dah mula viral satu trend dipanggil speed dating, di mana mereka yang masih belum ada pasangan boleh berjumpa secara berdepan dan berkenalan dengan orang tidak dikenali secara random.

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun bagaimanapun merasakan trend ini tidak mengikut landasan Islam kerana perbuatan itu boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Speed dating tidak mengikut landasan Islam dalam bertaaruf…

Image 52

Cuba tuan puan bayangkan, wanita pertama berkenalan dengan lelaki pertama, kemudian masa tamat, dia teruskan dengan lelaki seterusnya. Boleh jadi, tiga orang akan suka perempuan yang sama dan boleh jadi perempuan tadi suka pada lelaki yang lain.

Proses ini jelas tidak mengikut landasan Islam dalam bertaaruf. Islam sangat meninggikan maruah dan sifat malu antara kedua-dua pasangan. Jika taaruf itu tidak berjaya sekalipun, maka kedua-dua pasangan tetap perlu menjaga rahsia dan aib.

“Tapi speed dating ni borak-borak biasa jer ustazah…” – Netizen.

Image 51

Dalam pada itu, Ustazah Asma turut membidas komen netizen yang cuba mempertahankan trend ini. Ini apabila ada yang berkata, apa yang dilakukan hanya berborak-borak biasa sebelum lebih serius ke peringkat seterusnya.

IKLAN

Allahu Akbar, ia dikatakan sesi borak-borak, lepastu pilihlah siapa yang kita suka, namun tujuan kepada sesi itu tetap sama iaitu mencari pasangan hidup, untuk tujuan ikatan pernikahan yang suci, yang kita harap hidup selamanya bersama dia yang kita pilih sampai syurga.

Mahukah kita hubungan yang suci tadi dimulai dengan sesuatu yang ‘borak-borak je’ sedangkan Islam menyediakan cara dan alternatif yang lebih terjaga, selamat dan terhormat untuk kedua-dua pasangan berkenalan.

Islam mengajar apa sahaja pertemuan bagi tujuan berkahwin perlu ada orang tengah yang lebih tua…

Situasi ini sangat merisaukan, jika kita melihat di ruangan komen penjelasan tentang proses ‘speed dating’ ini berjalan, ia tidak lari dari ‘temu janji’ atau ‘dating’ yang kita faham iaitu pertemuan secara berdua-duaan tanpa dihadiri oleh orang yang lebih tua atau dipercayai.

Sedangkan Islam menganjurkan apa jua pertemuan bagi yang mahu berkahwin perlu dihadiri oleh orang tengah agar maruah kedua-duanya terjaga dan tujuan kepada sebuah perkenalan itu mendapat redha Allah SWT.

Apapun, jangan bersedih bagi mereka yang masih belum ada pasangan. Gunalah cara yang mengikut landasan Islam, InsyaAllah perkahwinan yang ingin dibina bersama pasangan nanti akan diredhai Allah SWT.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas