Oh! Islam
Mufti Pulau Pinang Larang Umat Islam Sertai Festival Songkran
Pesta air yang meriah atau festival Songkran yang popular diraikan di Thailand semakin menghampiri tidak lama lagi.
Dalam keterujaan tu, ada satu perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus oleh umat Islam.
Umat Islam dilarang sertai festival Songkran

Memetik laporan Sinar Harian, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman memberi peringatan kepada umat Islam supaya tidak menyertai festival tersebut meskipun untuk tujuan suka-suka atau mengambil bahagian secara tidak langsung.
Menurutnya, Songkran bukan sekadar acara sembur-menyembur air semata-mata, tetapi ianya perayaan tahun baru yang kaya dengan unsur budaya serta ritual keagamaan Buddha.
Antara aktiviti utama dalam festival ini termasuk memandikan patung Buddha, memberi penghormatan kepada sami serta menyimbah air sebagai simbol penyucian diri.
Ada unsur hiburan melampau, percampuran bebas

Tegasnya, semua ini jelas menunjukkan unsur keagamaan yang bertentangan dengan Islam. Mohd Sukki turut mengingatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud).
Katanya, menyerupai perayaan agama lain atas alasan budaya atau hiburan tetap tidak dibenarkan kerana boleh mencetuskan kekeliruan akidah dan mencemarkan identiti Islam.
Jelas beliau, festival ini juga sering disertai dengan unsur hiburan melampau, percampuran bebas lelaki dan perempuan, serta pakaian yang tidak menutup aurat yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.
BACA: Boleh Ke Solat Sambil Pegang Telefon Untuk Baca Surah? Ini Penjelasan Mufti Pulau Pinang
Kredit: Sinar Harian
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM