Connect with us

Oh! Media

“Kuarintin Di Masjid” – Zul Yahya Beri Idea Bagi Pesakit Covid-19 Bergejala Ringan

Zul Yahya

Oh! Islam

“Kuarintin Di Masjid” – Zul Yahya Beri Idea Bagi Pesakit Covid-19 Bergejala Ringan

Hari demi hari, Masyarakat di Malaysia berasa terkesan dengan berlakunya penularan wabak Covid-19 ini yang banyak menutup periuk nasi peniaga tempatan dan sektor-sektor lain untuk mengekalkan pendapatan. Pesakit-pesakit berisiko dijangkiti kian meningkat sehingga menyebabkan kerajaan Malaysia agak tertekan untuk menempatkan pesakit yang kunjung meningkat.

Disebabkan kes Covid-19 yang kian meningkat, bekas pelakon, Zul Yahya mencadangkan supaya pesakit islam yang bergejala ringan supaya dikuarantin di masjid.

Zul Yahya dalam hantarannya di laman Facebook berpendapat bahawa cara itu adalah lebih baik kerana mereka dapat menambahkan amalan di masjid kerana hanya meluangkan masa dalam rumah Allah dan menjadikan masjid tidak sepi.

IKLAN

Kenapa tidak digunakan peluang ini untuk hidupkan solat fardu di masjid-masjid, menjadi suasana yang sangat luar biasa seperti solat Jumaat lebih banyak manfaat.

Mungkin boleh menambah kebaikannya kepada mereka dan kita semua. Fungsi masjid itu sangat luas buat kita semua.

Kita nak dapatkan bantuan Allah swt tapi rumah-rumah Allah tidak diimarahakan. Ada cara Allah swt bagi tapi kenapa tak diusahakan? Ujian ini adalah hikmah buat kita bukannya musibah.

Selain itu, beliau juga turut menawarkan khidmat dirinya bersama rakan-rakanya untuk menguruskan hal itu selain turut pernah mengemukakan cadangan itu pada tahun lepas tetapi tiada pihak yang menyahutnya.

Para ulama yang dimuliakan lagi dikasihi, para sahabat mohon panjangkan perkara ini.

Kredit : Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas