Connect with us

Oh! Media

“Kerajaan Perlu Guna Kuasa Ubah Kejahatan Yang Berlaku” – Ustaz Azhar Idrus

ustaz azhar idrus

Oh! Islam

“Kerajaan Perlu Guna Kuasa Ubah Kejahatan Yang Berlaku” – Ustaz Azhar Idrus

Agong, Sultan Ibrahim sudah bertitah, Menteri Agama sudah bersuara dan rakyat Malaysia beragama Islam sudah mengecam. Apa lagi yang boleh kita lakukan bagi memastikan tiada lagi pihak berani mempermainkan agama Islam? Ustaz Azhar Idrus dalam satu perkongsian turut berkata, kerajaan wajib memberikan hukuman berat kepada penghina kalimah ALLAH.

ADVERTISEMENT

BACA: Lepas Buat Permohonan Maaf, Kilang Edar Stoking Kalimah ALLAH Tutup

UAI dalam perkongsian video di Facebook menjawab soalan berkaitan ‘pandangan agama supaya umat Islam kekal tenang tanpa mengambil tindakan sendiri isu kalimah Allah dihina’.

Jika tiada kuasa, bencilah dengan hati. Tak boleh rilek dan tak rasa apa-apa…

Kita bukan tenang maksudnya, yang pertama kita kena ingat sentasa cemburu jika Allah itu dipermainkan itu tanda iman kita. Orang yang mukmin sakit hatinya, cemburu bila Allah dan Rasul, agama dipermainkan.

Tak boleh tak ada rasa apa-apa, itu tiada kemanisan iman. Orang yang manis iman dia sakit hati dia bila orang permainkan nama Tuhan. Itu nombor satu kena ada, jangan rilek je. Kena ada sakit hati bila Allah dihina, tanda manisnya iman.

Jika kita sebagai rakyat biasa membenci dengan hati, apa yang perlu dilakukan oleh orang yang ada kuasa?

Apa tindakan kita? Orang yang ada kuasa wajib menggunakan kuasa. Kerajaan perlu guna kuasa ubah kejahatan yang berlaku. Wajib tangkap, kena denda, kena hukum yang sangat berat supaya tidak berani dilakukan lagi oleh orang lain.

Dia (kerajaan) tak buat? Dia bertanggungjawab di hadapan Allah. Kita tiada kuasa, tapi kita boleh gunakan lidah, tulisan dalam media sosial menentang perkara yang haram.

Tapi kalau kamu suara pun takda, Facebook pun tak ada, nak bercakap tak pandai, nak tegur takut orang marah diambil tindakan, cukup benci di dalam hati terhadap tindakan yang menghina nama Allah.

Kalau tak ada rasa langsung, bermakna tiada iman.

Diharapkan pesanan dan peringat UAI ini dapatlah didengari. Jadi, sama-samalah kita mempertahankan agama kita daripada sebarang unsur yang cuba merosakkannya.

Kredit: Facebook UAI

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas