Connect with us

Oh! Media

Tarian Duit Raya Viral Dituduh Seakan Joget Yahudi, Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

Ustaz Azhar Idrus tarian duit raya

Trending

Tarian Duit Raya Viral Dituduh Seakan Joget Yahudi, Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

Trend berjoget sebelum terima duit raya yang hangat di TikTok kini dipersoalkan selepas timbul dakwaan bahawa gerakannya menyerupai tarian masyarakat Yahudi dan ianya telah buatkan Ustaz Azhar Idrus bersuara.

BACA: Trend Edit Gambar Jadi Kartun, Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukumnya!

IKLAN

Menerusi satu video di Tiktok, pendakwah terkenal itu memberikan nasihat dan penjelasan berkenaan isu ini yang semakin viral menjelang Aidilfitri.

Ini yang terbaru ni, joget Yahudi. Mula-mula kita rasa betul ke tarian Yahudi sebab pergerakannya sama. Ini tak boleh kata apa, memang Yahudi.

Tular joget duit raya, tapi serupa tarian Yahudi?

Menurut Ustaz Azhar, umat Islam perlu berhati-hati dalam meniru budaya atau gerakan yang berasal dari agama lain, apatah lagi jika ianya berkait rapat dengan identiti keagamaan sesuatu kaum.

Beliau mengaitkan isu ini dengan sebuah hadis:

Barangsiapa yang menyerupakan dirinya dengan satu kaum, maka dia termasuk dalam kaum itu.

Tambah beliau lagi, isu ini boleh menjadi haram atau lebih berat jika dilakukan dengan niat membenarkan perbuatan yang salah.

Ustaz Azhar Idrus ingatkan hiburan jangan sampai langgar hukum agama

Trend “joget sebelum terima duit raya” mula popular apabila ramai pengguna TikTok memuat naik video menari dengan gaya tertentu sebelum diberikan duit raya. Ia dijadikan sebagai ‘challenge’ dan hiburan bersama keluarga.

Namun, Ustaz Azhar menasihati agar masyarakat tidak terlalu mengagungkan hiburan hingga melupakan batas syarak, lebih-lebih lagi ketika menyambut hari yang mulia seperti Aidilfitri.

Adakah jadi kafir yang joget Yahudi macam dalam TikTok? Ada dua jawapan… haram jika ikut kerana kejahilan. Tapi jika tahu ia haram dan tetap buat, itu yang jadi kafir.

#ApaKataOhmedia

Seronok menyambut hari raya tak salah, tapi jangan sampai kita terikut budaya luar yang mungkin menjejaskan akidah. Hiburan biarlah berpada dan berpaksikan nilai agama.

Ustaz Azhar Idrus tarian duit raya

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Tiktok


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas