Connect with us

Oh! Media

“Jenazah Bukan Buah Cempedak” – SPJM Gesa Jangan ‘Bungkus’ Mayat

Oh! Islam

“Jenazah Bukan Buah Cempedak” – SPJM Gesa Jangan ‘Bungkus’ Mayat

Setiap yang hidup, pasti akan pergi. Ia merupakan pepatah yang menggambarkan diri manusia bahawa mereka bukan selama-lamanya akan terus kekal bernyawa.

ADVERTISEMENT

BACA: Perlukah Mandikan Jenazah Umat Islam Yang Positif? Ini Jawapan Daripada Mufti

Namun, seperti yang kita ketahui, wabak pandemik yang kian melanda ini menyebabkan angka kematian semakin meningkat dari hari ke hari.

Ditambah pula dengan proses pengurusan jenazah yang melalui prosedur ketat bagi mengelakkan daripada penularan berlaku.

Elak ‘bungkus’ jenazah

Namun, menerusi proses tersebut, terdapat beberapa individu yang menasihati agar mengelakkan daripada ‘membungkus’ jenazah.

Perkara itu dikongsikan oleh Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di laman Facebook yang menitipkan pesanan agar jenazah tidak dikafankan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

Saya selalu berpesan kepada skuad dan para peserta dalam kursus pengurusan jenazah supaya jangan sesekali ‘membungkus’ mayat.

Istilah ‘bungkus’ yang saya maksudkan adalah mengkafankan jenazah dengan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan si mati.

Tambahnya lagi, perbuatan itu sangat menyakitkan tubuh si mati dan kita disyariatkan agar bersopan santun ketika menguruskan jenazah.

Tujuan tali kafan

Selain itu, dia juga turut berkongsikan tentang penggunaan sebenar tali kafan selain menggesa ikatan yang dibuat tidak terlalu ketat atau longgar.

Tujuan tali kafan digunakan adalah untuk mengelakkan kain kafan terbuka ketika mengangkat atau mengalihkan jenazah ke suatu tempat yang lain.

Menurutnya, ikatan tali kafan merupakan sekadar ikatan yang sederhana dan tidak diikat mati kerana ia akan dilonggarkan ketika jenazah diturunkan ke dalam liang lahad.

Mampu mengaibkan jenazah

Tambahnya lagi, jenazah juga tidak perlulah ‘dibungkus’ seperti buah cempedak sebaliknya hanya menutupi tubuh badan daripada terlihat auratnya.

Mayat bukan buah cempedak! kain kafan adalah seumpama kain selimut yang menutupi tubuh badan dari terlihat auratnya kepada umum.

Belum pernah lagi kita melihat orang yang menggunakan selimut untuk tidur mengikat ketat tubuh badannya.

Melainkan hanyalah sekadar menghamparkannya ke atas tubuh badan kita sahaja.

Katanya lagi, jika seseorang yang menguruskan jenazah ingin kelihatan kemas, tidak wajar jika kain ditarik terlalu tegang.

Hal itu kerana jika terlalu tegang, ia mampu menampakkan tubuh badannya sehingga mampu mengaibkan jenazah itu sendiri.

Kredit: Facebook SPJM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas