Connect with us

Oh! Media

Isu Minta Malaikat Sampaikan Doa, Masitah Mohon Maaf Atas Kekeliruan, “Bukan Untuk Tujuan Pendidikan”

doa malaikat

Oh! Islam

Isu Minta Malaikat Sampaikan Doa, Masitah Mohon Maaf Atas Kekeliruan, “Bukan Untuk Tujuan Pendidikan”

Semangat dan sikap positif yang ditunjukkan usahawan Masitah Mohd Affandy menjadikan wanita ini dikagumi ramai.

ADVERTISEMENT

Mana tidaknya, Masitah atau lebih mesra disapa Mashy hilang penglihatan selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Namun insiden yang berlaku sedikit pun tak mematahkan semangatnya, malah beliau bangkit menerima takdir yang ditentukan dengan reda.

BACA: Kekal Positif Walaupun Kehidupan Gelap Selepas Kemalangan, Wanita Kongsi Perkara Menarik Selepas Buta

Selepas kisahnya tular, timbul pula satu video memaparkan wanita ini meminta malaikat menyampaikan doa kepada Allah SWT memandangkan manusia banyak melakukan dosa.

Pandangan yang dilemparkan Mashy ini menimbulkan keraguan sehingga ada yang mempersoalkan isu akidahnya.

Minta malaikat sampaikan doa

masitah

Sedar akan hal itu, Mashy tampil dengan satu video permohonan maaf rasmi di atas kekeliruan dan meminta video tersebut dipadam.

Masyi mohon maaf, video dirakam tanpa kebenaran

@n.mashyaircond Video “Mashy ajar orang berdoa dekat Malaikat” yang viral sejak beberapa hari lepas yang BUKAN DIUPLOAD oleh saya atau dengan consent saya. 🙏🏻 #masitahaccident #inspirasi #buta ♬ original sound – N.Mashy

Jelasnya, video yang viral dirakam tanpa pengetahuannya dan disebar tanpa keizinannya. Apa yang diperkatakan bukanlah untuk diamalkan oleh sesiapa jauh sekali untuk tujuan pendidikan.

Beliau tak mahu orang ramai menganggap dia mengajar perkara sebegitu kerana semasa rakaman dibuat tiada asatizah untuk memperbetulkan kefahamannya ketika itu.

Beliau dengan rendah hati memohon maaf dan akan berusaha untuk tak mengulangi perkara itu lagi.

Kredit: TikTok @n.mashyaircond

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas