Connect with us

Oh! Media

Ini Yang Akan Dilakukan PAS Jika Kerajaan Tidak Batalkan Semua Konsert Antarabangsa

konsert antarabangsa

Oh! Islam

Ini Yang Akan Dilakukan PAS Jika Kerajaan Tidak Batalkan Semua Konsert Antarabangsa

Berikutan dengan banyaknya tarikh konsert artis antarabangsa yang akan diadakan di Malaysia, sudah banyak pihak yang tampil menggesa konsert ini dibatalkan.

ADVERTISEMENT

BACA: PU Syed Ajak Berhimpun Bantah Konsert Blackpink Di Kuala Lumpur

Terbaru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) membuat satu kenyataan media mendesak agar pihak kerajaan membatalkan semua konsert-konsert ‘hedonisme melampau’ yang akan di adakan oleh artis antarabangsa di Malaysia.

Dia memberitahu seandainya pihak kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan, akan berlakunya bantahan besar-besaran di seluruh negara.

Kenyataan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda, Ahmad Fadhli Shaari itu dimuat naik di laman Facebook rasmi Pemuda PAS Malaysia.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menyokong pandangan Ketua Pemuda dan merasakan ia merupakan tindakan paling bernas untuk dilakukan waktu ini.

Sekadar info, sebelum ini ada juga yang mengetengahkan isu tentang selebriti antarabangsa membuat konsert  dan antaranya pendakwah Pencetus Ummah (PU) Syed yang meminta agar pihak kerajaan halang satu kumpulan wanita Korea (K-POP) iaitu BLACKPINK hadir ke Malaysia.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas