Connect with us

Oh! Media

Ini Adalah Tiga Amalan Yang Benarkan Diri Masuk Syurga Tanpa Dihisab

Jpg 20230526 125922 0000

Oh! Islam

Ini Adalah Tiga Amalan Yang Benarkan Diri Masuk Syurga Tanpa Dihisab

Ganjaran syurga merupakan perkara yang sering direbut-rebutkan oleh setiap individu. Tapi, adakah terdapat amalan yang benarkan diri seseorang ke syurga tanpa dihisab?

BACA: “Malaikat Hafazah Memang Wujud” – Isu Doa Dengan Malaikat, Dai Fuad Beri Penjelasan

Kali ini, Oh! Media akan kongsi tiga amalan terbaik yang membenarkan diri kita untuk ke syurga tanpa dihisab hasil perkongsian detiknews. Jom, kita semak!

IKLAN

Tiga amalan ke syurga

1. Sentiasa ingat pada Allah SWT

Amalan

Cara mudah untuk sentiasa mengingati Allah SWT adalah dengan berzikir. Zikir merupakan amalan yang paling mudah untuk dilakukan dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

2. Solat pada waktu

Amalan

Solat tepat pada waktu juga merupakan salah satu daripada amalan yang dicintai oleh Allah SWT. Hal ini dapat dijelaskan dalam sebuah hadis riwayat Abu ‘Abdirrahman ‘Abdullah bin Mas’ud RA:

Aku pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, “Amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah SWT?”. Baginda Rasulullah SAW menjawab, “Solat dalam waktunya”.

3. Ringankan beban orang lain

Amalan

Ringankan beban atau erti kata lain saling menolong sesama umat juga merupakan amalan yang memudahkan kita untuk ke syurga. Menurut sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa menolong seorang Muslim (dalam) kesusahan dunia, Allah SWT akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa meringankan (beban) seorang Muslim yang dalam kesusahan, Allah SWT akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat (HR. Muslim).

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu dan memanfaatkan semua!

Kredit: DetikNews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas