Connect with us

Oh! Media

“Malaikat Hafazah Memang Wujud” – Isu Doa Dengan Malaikat, Dai Fuad Beri Penjelasan

dai fuad

Oh! Islam

“Malaikat Hafazah Memang Wujud” – Isu Doa Dengan Malaikat, Dai Fuad Beri Penjelasan

Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, Masitah Mohd Affandy tampil memohon maaf selepas tular video memaparkan dirinya meminta malaikat menyampaikan doa kepada Allah SWT.

ADVERTISEMENT

Menurut Masitah atau Mashy, video itu dirakam tanpa pengetahuannya sebelum buta dan disebar tanpa kebenarannya.

BACA: Isu Minta Malaikat Sampaikan Doa, Masitah Mohon Maaf Atas Kekeliruan, “Bukan Untuk Tujuan Pendidikan”

Pendakwah bebas, Dai Fuad Mokhtar menerusi satu perkongsian di TikTok tampil menjelaskan konteks pertolongan doa yang disampaikan Masitah.

Dai Fuad beri penjelasan

@daifuadmokhtar siapa yang faham apa ustaz cakap? komen "SubhanAllah" #buatsebaballah ♬ original sound – AKI Seruling

Menurut Dai, memang wujud malaikat hafazah yang mengawasi setiap hamba Allah jadi itu tak ada masalah.

Beliau memberi contoh situasi menghantar anak ke tadika, ibu bapa meminta guru untuk menjaga anak, takkan lah pula situasi itu dikatakan syirik kerana cikgu memang wujud dan anak juga wujud.

Saya quote perkataan Mashy, “Malaikat malaikat tolong bagitahu kepada malaikat yang jaga Puan Hidayah”. Ini namanya malaikat hafazah.

Dan kepada kamu tu ada banyak malaikat yang mengawasi kamu namanya malaikat hafazah, jadi itu tak ada masalah.

Beliau juga menceritakan satu riwayat yang sahih iaitu Imam Ahmad yang tersesat sewaktu menunaikan haji. Imam Ahmad meminta malaikat menunjukkan jalan yang benar.

doa dengan malaikat

Dalam perkongsian itu, Dai Fuad memohon pendakwah supaya bersangka baik dengan orang lain apatah lagi Mashy baru sahaja hilang mata.

Menurutnya, pendakwah seharusnya memberikan kata-kata semangat dan bukannya terus menjatuhkan hukum sesat. Kata Dai, video itu tak salah secara total, mungkin ada kelengkapan ayat yang boleh dimasukkan.

Kredit: Instagram Dai Fuad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas