Connect with us

Oh! Media

Hukum Menyambut Hari Valentine Dalam Islam

Hari Valentine Couple

Oh! Islam

Hukum Menyambut Hari Valentine Dalam Islam

Setiap tahun pada tarikh 14 Februari, ramai pasangan di seluruh dunia akan menyambut Hari Valentine atau dikenali sebagai Hari Kekasih.

Hari Valentine ini dianggap sebagai hari untuk meraikan cinta dan kasih sayang, di mana pasangan sering bertukar hadiah, bunga dan meluangkan masa bersama. Namun, sebagai seorang umat Islam, adakah dibolehkan untuk menyambut Hari Valentine?

Sambutan Hari Valentine adalah HARAM!

Copy of Untitled Design 8

Menerusi perkongsian daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hukum menyambut Hari Valentine adalah HARAM. Ini bertepatan dengan hadis daripada Rasulullah SAW.

IKLAN

Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dalam golongan mereka.-Riwayat Abu Dawud

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada November 2005 juga telah membincangkan hukum umat Islam menyambut perayaan Hari Valentine.

Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

329730220 1457943074740298 977102575627031650 n 1

Asal usul Hari Valentine

Image

Sejarah ‘Hari Valentine’ dipercayai bermula dari zaman Rom kuno. Terdapat beberapa teori mengenai asal-usulnya, namun salah satu kisah paling terkenal berkaitan dengan seorang paderi Kristian bernama Saint Valentine.

Pada abad ke-3 Masihi, Maharaja Rom, Claudius II, melarang pemuda daripada berkahwin kerana beliau percaya bahawa lelaki bujang lebih baik sebagai tentera. Namun, seorang paderi bernama Valentine menentang perintah ini dengan secara rahsia menikahkan pasangan muda yang ingin berkahwin.

Apabila perbuatannya diketahui, Valentine ditangkap dan dihukum mati pada 14 Februari tahun 269 Masihi. Sebelum kematiannya, dipercayai bahawa beliau meninggalkan surat kepada seorang gadis buta yang dikatakan anak kepada penjaga penjara, yang kemudian sembuh daripada butanya selepas menerima surat tersebut.

Surat itu dikatakan ditandatangani dengan frasa “From Your Valentine,” yang masih digunakan sehingga hari ini.

#ApaKataOhMedia

Sebagai seorang umat Islam, kita perlu sentiasa berhati-hati dalam menerima sesuatu budaya atau amalan yang bukan dianjurkan oleh Islam. Hari Valentine mungkin dilihat sebagai satu perayaan yang tidak berbahaya kerana ia sekadar meraikan cinta dan kasih sayang.

Namun, kita perlu memahami bahawa Islam sudah mengajar kita cara yang betul untuk menzahirkan kasih sayang, tanpa perlu mengikuti budaya luar yang bertentangan dengan syariat.

Hari Valentine Couple

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: JAKIM dan Iluminasi


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas