Connect with us

Oh! Media

“Dia Ingat Hak Dia Ke Kena Penuh Isi Kuota?” – Dr Mashitah Jelaskan Salah Faham Poligami

Oh! Islam

“Dia Ingat Hak Dia Ke Kena Penuh Isi Kuota?” – Dr Mashitah Jelaskan Salah Faham Poligami

Bila sebut je mengenai poligami, mesti kaum lelaki dan wanita ada pandangan tersendiri mengenai hal ini. Ada yang bersetuju dengan poligami, dan ada juga yang menentang keras bila suami meluahkan hasrat berkahwin lagi.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hukum Sah Tapi Poligami Tanpa Izin Isteri Dianggap Tak Mampu” – Ustaz Azhar Idrus

Menerusi TikTok, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim memberi pemahaman lanjut mengenai isu berpoligami ini dalam Islam.

Penjelasan mengenai poligami

Katanya, Islam tak pernah memperkenalkan poligami dan Islam tak menyuruh poligami. Jelasnya lagi, sewaktu Islam datang poligami sudah menjadi budaya dalam masyarakat ketika itu.

@drmashitah_official Jangan salah faham. Kenal agama kita. #dmi #makteh #fyp #hello2023 ♬ original sound – Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim

Jadi bila Islam datang, apa Islam buat? Islam mengawal poligami ni melalui undang-undang dan Islam juga membetulkan poligami ni. Islam juga membataskan poligami. Jadi janganlah kita sebut kata asal Islam je orang fikir sunnahnya poligami.

Dr Mashitah berkata Islam membetulkan budaya poligami yang dah pun ada pada waktu itu dengan cara, kalau nak kahwin jangan ada penganiayaan dan penzaliman. Islam juga membataskan hanya empat orang isteri boleh dikahwini.

Sebabtu kita tengok bila ayat yang bercakap tentang poligami ni, dia cakap dulu tentang anak yatim supaya tak ada penzaliman.

Kata Dr Mashitah Islam mengambil poligami sebagai kelonggaran dalam sebuah perkahwinan yang memerlukan poligami. Dengan kata mudah, poligami boleh dianggap sebagai satu ubat bagi keluarga yang ada masalah. Jadi keluarga yang tak ada masalah, tak perlu makan ubat.

Kalau duk sihat macam ni makan ubat tu namanya cari penyakit. Tapi yang sakit, ada perlu 1 dos, 2 dos, 3 dos, ada perlu 4 dos. Tak boleh lebih dari 4 dos.

Pesan beliau lagi, janganlah ada yang salah faham dengan menganggap poligami adalah satu hak.

Kredit: TikTok Dr Mashitah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas