Connect with us

Oh! Media

Dedah Pasangan Curang Di Media Sosial? Ini Adalah Hukum Dari Sudut Islam

Oh! Islam

Dedah Pasangan Curang Di Media Sosial? Ini Adalah Hukum Dari Sudut Islam

Hangat di media sosial sejak dua menjak ini mengenai isu kecurangan yang diwar-warkan di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Malang Adalah Wanita Yang Salah Pilih Suami? Ini Jawapan Mufti

Walau bagaimanapun, apakah hukum mendedahkan perbuatan itu di media sosial? Kali ini, Oh! Media akan kongsi penjelasan daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis mengenai isu tersebut.

Hukum dedah kecurangan pasangan

hukum dedah kecurangan pasangan

Menurut mufti, Islam mewajibkan kita untuk menutup aib peribadi diri bersama orang lain. Dosa antara seseorang dengan Allah haram didedah dan dipertontonkan kepada umum.

Walau bagaimanapun, seseorang individu boleh didedahkan jika jenis dosa itu membabitkan kezaliman terhadap pihak lain. Itu juga hanya untuk proses pengadilan, bertanya hukum atau memberi amaran kepada orang awam agar tidak menjadi mangsa seterusnya.

hukum mendedahkan kecurangan pasangan

Oleh disebabkan itu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian bagi kes zina. Jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf. Hal ini bertujuan bagi mengelak sikap yang suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain.

Tindakan individu mendedahkan aib peribadi pasangan kepada awam merupakan satu dosa besar. Dia tidak boleh menghalalkan tindakan itu dengan alasan pasangannya berbuat dosa. Jika sesorang individu ingin membantah perbuatan curang pasangan boleh membantah terus kepada pasangan atau boleh dibawa ke mahkamah untuk pengadilan.

Kredit: Mufti Perlis

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas