Connect with us

Oh! Media

Dayus Ke Suami Benar Doktor Lelaki Sambut Isteri Bersalin? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Oh! Islam

Dayus Ke Suami Benar Doktor Lelaki Sambut Isteri Bersalin? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Baru-baru ini kecoh mengenai video seorang ustazah yang memberi pandangannya bahawa dayuslah seorang suami yang membenarkan doktor lelaki menjadi bidan ketika isterinya bersalin.

ADVERTISEMENT

BACA: PU Syed Tegur Cara Ustazah Gelar Suami Dayus Jika Benarkan Doktor Lelaki Sambut Bersalin

Video itu menjadi bualan ramai yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan ustazah yang dikenali sebagai Siti Afifah itu.

Ini penjelasan UAI

Terbaru, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai perkara itu selepas ditanya salah seorang jemaah yang hadir ke ceramahnya menerusi laman rasmi TikToknya.

@ustazazharidrus SUAMI DAYUS BENARKAN ISTERI BERANAK DENGAN DOKTOR LELAKI? @Ustaz Azhar Idrus #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uaioriginal #fyp #fypシ #uai ♬ Calm Humming – Nasheed

Menerusi video tersebut, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa hukum asal bagi wanita adalah untuk berubat dengan wanita manakala lelaki perlu berubat dengan lelaki. Namun sekiranya termasuk dalam situasi darurat, hukumnya jatuh menjadi harus.

Jadi dalam bab berubat, dia ada kadar-kadarnya. Bila masuk kepada darurat, apa yang haram diangkat hukumnya sekejap. Allah berfirman yang bermaksud barangsiapa masuk pada situasi tidak boleh membuat pilihan, bukan sengaja dan tidak berlebih-lebihan, maka tidak berdosa.

Tambah UAI lagi, sekiranya ketika mahu bersalin tiada sebarang doktor wanita yang bertugas dan yang ada cuma doktor lelaki maka hukumnya tidak berdosa.

Jadi bila isteri kita nak beranak, isteri mesti beranak dengan doktor perempuan. Tapi jika tiada doktor perempuan dan yang ada cuma doktor lelaki, sedangkan beranak itu kritikal, berkaitan dengan dua nyawa (nyawa ibu dan anak dalam kandungan). Maka tidak berdosa.

Bakpe mu gi kata dayus pulok? Tak haram. Yang haramnya begini, ada doktor perempuan tapi tak nak dengan doktor perempuan. Nak (doktor) lelaki juga yang selak kain (bidankan) bini aku. Itu baru haram.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mula faham dengan penjelasan yang dibuat UAI mengenai perkara yang menjadi bualan ramai ini.

Lepas tengok video penjelasan UAI ni, nampaklah beza cara penjelasan orang yang berilmu tu kan? Jelas dan padat je jawapan Ustaz Azhar kita ni.

Kredit: TikTok Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

30 Hari Paling Trending

Ke Atas