Connect with us

Oh! Media

Bulan Ramadan Makin Tiba, Ini Sebenarnya 9 Golongan Dibenarkan Tidak Berpuasa

Oh! Islam

Bulan Ramadan Makin Tiba, Ini Sebenarnya 9 Golongan Dibenarkan Tidak Berpuasa

Bila sebut pasal Ramadan mesti teringat geng ‘beg plastik hitam’ bukan? Ha, jangan judge diorang sebab sebenarnya ada 9 golongan yang dibenarkan tidak berpuasa.

ADVERTISEMENT

BACA: Muncul Perasaan Dendam Pada Orang Lain? Ini Cara Terbaik Membalasnya Dalam Islam

Jadi, jom kita semak balik siapa mereka yan dibenarkan tidak berpuasa ini.

Golongan tidak wajib berpuasa

golongan

Anak kecil

Buat anak-anak kecil yang masih lagi belum masuk ke alam dewasa atau baligh, mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa di bulan Ramadan. Tapi, ini merupakan masa yang sesuai buat mereka untuk berlatih berpuasa.

golongan

Gila / Hilang Akal

Tidak sah puasa seseorang sekiranya dirinya hilang akal atau gila. Tapi, kalau buat-buat gila kemudian teguk air tu nanti diwajibkan ganti atau qadha puasa ya.

golongan

Sakit

Orang sakit boleh meninggalkan puasa dan menggantinya dengan qadha atau fidyah berdasarkan ketentuan yang berlaku. Jika penyakit yang dialami derita teruk untuk sembuh, maka boleh mengganti puasa dengan bayaran fidyah sahaja.

golongan

Orang tua yang lemah

Islam adalah agama yang mengambil berat keadaan pengikutnya. Buat golongan warga emas yang tidak mampu melakukan fardhu ain ini dibenarkan juga untuk tidak berpuasa. Namun, perlu diganti dengan bayaran fidyah mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.

golongan

Musafir

Musafir merupakan orang yang pergi ke hala tuju sesuatu tempat dari tempat tinggal tidak kurang dari 84km. Mereka juga dibenarkan untuk tidak berpuasa.

golongan

Ibu hamil

Golongan yang tidak wajib berpuasa juga termasuk dengan ibu yang sedang hamil dan khuatir dengan keadaan bayi yang dikandungnya. Mereka boleh menggantinya dengan bayaran fidyah atau qadha.

golongan

Ibu menyusu

Buat ibu yang sedang menyusu bayi dan takut air susuan berkurang dibenarkan juga untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan. Tapi, diwajibkan ke atasnya membayar fidyah atau qadha.

golongan

Haid

Perempuan yang datang haid tidak dibenarkan berpuasa di bulan Ramadan. Sebaliknya, mereka dibenarkan membuat pahala dengan cara yang lain seperti berziki, berdoa dan sebagainya,

golongan

Nifas

Wanita yang baru melahirkan anak dan keluar darah nifas juga tidaka diwajibkan berpuasa. Bahkan hukumnya juga haram bagi mereka untuk berpuasa. Golongan ini boleh menggantikan puasa dengan qadha.

Ha, jadi dah jelas bukan mengenai golongan yang tidak dibenarkan puasa ini. Jangan pandang rendah pada geng ‘beg plastik hitam’, mereka mungkin salah seorang daripada golongan-golongan di atas. Selamat berpuasa!

Kredit: Dompet Dhuafa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas