Connect with us

Oh! Media

Muncul Perasaan Dendam Pada Orang Lain? Ini Cara Terbaik Membalasnya Dalam Islam

Oh! Islam

Muncul Perasaan Dendam Pada Orang Lain? Ini Cara Terbaik Membalasnya Dalam Islam

Kadang kala hati kita akan terusik disebabkan oleh perbuatan atau kata-kata orang lain. Hal ini sedikit sebanyak akan menyebabkan muncul perasaan dendam dalam jiwa.

ADVERTISEMENT

BACA: Lafaz Cerai Dalam Online, Adakah Dikira Sah Dalam Sudut Islam?

Dendam merupakan perasaan yang menginginkan orang lain merasakan sakit seperti yang diri sendiri rasakan. Tapi, apakah jalan terbaik untuk berbuat demikian? Jom kita lihat dari sisi Islam.

Balas dendam cara Islam

dendam
Kredit: X8 Drums

Islam sebenarnya tidak mnganjurkan umatnya untuk menjadi seorang pendedam. Namun, cara terbaik bagi membalasnya adalah dengan menjadi seorang yang pemaaf. Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda:

Tidaklah seseorang memaafkan kezaliman (terhadap dirinya) kecuali Allah akan menambah kemuliaannya (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Apabila difikirkan bagaimana pula dengan nasib orang yang telah dizalimi? Allah SWT pernah berfirman dalam Surah Ash-Shura (Ayat 41-43) bahawa:

Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri setelah teraniaya tidak ada satu pun dosa atas mereka, sesungguhnya dosa itu atas orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka tanpa hak. Mereka mendapat azab yang pedih. Tetapi orang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang utama (Ash-Shura, Ayat 41-43).

Oleh itu jelas diperkatakan bahawa dosa tidak dibenarkan dibalas dengan dosa. Namun, sekiranya hati kita terguris disebabkan kata-kata ejekan, sukacita diingatkan bahawa pahala orang yang berbuat demikian dilimpahkan kepada kita. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

Apabila ada seseorang yang mencacimu atau menjelek-jelekanmu dengan aib yang ia ketahui ada padamu, maka janganlah kamu balas memburukkannya dengan aib yang kamu ketahui ada padanya. Maka pahalanya untuk dirimu dan dosanya untuk dia (HR. Al Muhamili dalam Amalinya no 354, Hasan).

Semoga perkongsian kali ini dapat dimanfaatkan semua. Salam Jumaat!

Kredit: Umma

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas