Connect with us

Oh! Media

Boleh Ke Buat Prank Dari Segi Hukum Islam? Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah

prank

Oh! Islam

Boleh Ke Buat Prank Dari Segi Hukum Islam? Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah

Korang kena prank atau korang buat prank untuk orang lain, boleh ke dari segi Islam?

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, nama abang Tesla sekali lagi kembali trending apabila isteri keduanya prank mengenai status kehamilan pada suaminya.

BACA: Abang Tesla Pelik Baru Kahwini Isteri Kedua Dah Minta Geran Tanah, Apa Sudah Jadi?

Perkongsian itu telah dimuat naik di akaun TikTok abang Tesla dan meraih pelbagai reaksi daripada netizen.

Namun begitu, apakah hukum dari segi Islam jika seseorang itu buat prank dan memuat naik ia dalam media sosial mereka?

Bagi menjawab persoalan ini kami kongsikan penjelasan daripada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Hukum asal bagi gurauan atau prank adalah dibolehkan selagi mana gurauan tersebut tidak melampau dan boleh diterima oleh orang yang diajak bergurau.

Sekiranya gurauan tersebut melampau seperti menipu orang lain, menakut-nakutkan, membuka aib pada orang ramai dan tidak boleh diterima oleh orang yang diguraukan maka ianya adalah suatu perbuatan yang haram dan dilarang untuk melakukannya.

Tambahan lagi, video prank yang dirakam tersebut di muat naik dalam media sosial dan akan ditonton oleh pengguna-pengguna lain, sekaligus menyebarkan aib seseorang yang menjadi mangsa. 

Dalam satu kisah, Rasulullah SAW pernah bergurau dengan seorang wanita tua dengan mengatakan bahawa dia tidak akan masuk syurga sehingga wanita tua tersebut beredar dengan perasaan yang sedih yang kemudiannya Rasulullah menjelaskan semula bahawa dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua tetapi akan masuk dalam keadaan muda.

‌أتت ‌عجوز‌إلى ‌النبي صلى الله عليه وسلم فقالت: يا رسول الله أدع الله أن يدخلني الجنة. فقال يا أم فلان! انّ الجنة لا تدخلها عجوز. قال: فولت تبكي فقال: أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول: إِنَّا أَنْشَأْناهُنَّ إِنْشاءً فَجَعَلْناهُنَّ أَبْكاراً عُرُباً أَتْراباً

Maksudnya: Seorang wanita tua datang kepada Nabi s.a.w maka dia berkata: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia memasukkanku ke dalam syurga. Lalu Rasulullah SAW bersabda, wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya syurga tidak akan dimasuki oleh orang tua. Lalu wanita tua itu beredar dalam keadaan menangis. Baginda bersabda: khabarkan kepadanya bahawa dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua kerana Allah SWT berfirman: Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya (Surah al-Waqiah: 35-37). 

(Rujuk Syamail Muhammadiyyah h.144)

Oleh itu, dapat difahami bahawa bergurau atau bercanda adalah dibolehkan asalkan tidak melampau seperti menipu, menakut-nakutkan orang, menjatuhkan maruah dan seumpamanya.

Selain itu, kami juga ingin menukilkan beberapa hadis berkaitan melampau dalam gurauan sehingga membuatkan orang lain terperanjat atau terkejut kerana ianya adalah salah satu bentuk kezaliman pada orang lain. Antaranya adalah sebagaimana berikut:

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى، قَالَ حَدَّثَنَا أَصْحَابُ، مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُمْ كَانُوا يَسِيرُونَ مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَنَامَ رَجُلٌ مِنْهُمْ فَانْطَلَقَ بَعْضُهُمْ إِلَى حَبْلٍ مَعَهُ فَأَخَذَهُ فَفَزِعَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

Maksudnya: Daripada Abdurrahaman Bin Abu Laila, beliau berkata, para sahabat Nabi Muhammad s.a.w bermusafir bersama baginda. Salah seorang dari mereka tertidur lalu ada sebahagian sahabat yang mengambil dan menarik tali yang ada bersamanya sehingga orang yang tidur itu terkejut, maka Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak halal bagi seorang muslim membuat saudara muslimnya terkejut.

Sunan Abi Daud (5004)

Ibn Raslan menerangkan bahawa perbuatan memeranjatkan orang tersebut adalah salah satu bentuk kezaliman pada mangsa.

وفي معنى هذا النهي كل من روع مسلمًا أو خوفه، كأن يكون في ظلمة أو غفلة

Maksudnya: Dan pada makna larangan ini setiap perbuatan membuat orang islam terkejut atau takut adalah suatu kezaliman dan kelalaian. 

(Rujuk Syarh Sunan Abi Daud 164-165/19)

Kesimpulannya, dinasihatkan agar mengelakkan dari menghasilkan video atau ‘content’ prank sedemikian yang boleh menjatuhkan maruah orang lain dan menyebarkan aibnya kepada masyarakat umum.

Sebaiknya, video atau ‘content’ sedemikian perlu digantikan dengan video-video lain yang boleh memberi manfaat pada penonton serta dapat memberikan pengajaran.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7293417459841895681?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

  • prank
  • prank

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas