Connect with us

Oh! Media

“Boleh Jer Umrah Tangguh Tapi Perjalanan Suka Suki Ke Luar Negara Kena Sekat Sekali Lah” – Netizen

umrah

Oh! Islam

“Boleh Jer Umrah Tangguh Tapi Perjalanan Suka Suki Ke Luar Negara Kena Sekat Sekali Lah” – Netizen

Rakyat Malaysia melihat keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan menunaikan umrah baru-baru ini sebagai double standard. Siapa tidak terasa jika niat untuk menunaikan ibadah umrah yang tertangguh hampir 2 tahun akibat wabak Covid-19 ditangguh sekali lagi?

ADVERTISEMENT

Penangguhan ini dimaklumkan berkuatkuasa pada 8 Januari 2022 dan kerajaan melakukannya atas sebab kes Omicron yang meningkat dikalangan jemaah yang pulang menunaikan umrah.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan menaikkan ‘kemarahan’ orang ramai apabila tindakan kerajaan yang masih membenarkan perjalanan ke negara lain seperti United Kingdom dimana negara itu mempunyai kes COVID-19 tertinggi akibat penularan varian Omicron.

Jangan benarkan keluar negara untuk tujuan suka suki…

Dalam pada itu, pembaca berita Izwan Azir Saleh turut memberi pandangannya mengenai hal ini, beliau bersetuju sekatan menunaikan umrah dilakukan akan tetapi percutian yang lain seperti ke UK juga perlu ditangguh memandangkan peningkatan kes COVID-19.

Melihat pada ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pandangan Izwan di mana kerajaan perlu mengetatkan perjalanan ke mana-mana negara. Jika tidak mempunyai sebab kuat atau hanya sekadar ingin melancong cuci mata, janganlah beri kebenaran kepada mereka.

Komen Twitter

Bagaimanapun, Khairy ada memaklumkan di Twitternya penangguhan umrah ini dilaksanakan berdasarkan kes Omicron baharu kebanyakkannya datang dari jemaah umrah.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas