Connect with us

Oh! Media

Bakal Jemaah Haji Diminta Ukur Semula Kemampuan Kerana Kos Meningkat

jemaah haji

Oh! Islam

Bakal Jemaah Haji Diminta Ukur Semula Kemampuan Kerana Kos Meningkat

Menjadi impian dan kewajipan kepada orang Islam yang mampu untuk menunaikan ibadah haji. Kita di Malaysia juga mempunyai pengurusan yang baik selepas wujudnya Tabung Haji bagi memudahkan urusan kita untuk ke sana.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, kos menunaikan ibadah haji semakin meningkat dan bakal haji dinasihatkan untuk menilai semula kemampuan diri sebelum pergi ke tanah suci.

Jangan sampai bergolok-bergadai

Perkara ini ditegaskan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad di mana syarat wajib bagi menunaikan haji mestilah berkemampuan.

Kita perlu faham konsep menunaikan ibadah dan Allah SWT tidak memaksa jika kita tidak berkemampuan. Jangan sehingga kita bergolok-bergadai dan kehabisan wang simpanan.

Ini kos terkini tunai ibadah haji

Peringatan dari Datuk Idris ini adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar yang akan membincangkan isu kenaikan kos haji musim depan dengan kerajaan.

Jika dilihat kos haji bagi setiap jemaah muassasah bagi musim 1445 Hijrah/2022 Masihi adalah RM25,540 tetapi angka sebenar sudah meingkat kepada RM28,632.

Daripada jumlah itu, jemaah dari golongan B40 hanya perlu membayar RM10,980 dan RM12,980 bagi bukan B40.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas