Connect with us

Oh! Media

Anak Bulan Ramadhan Bakal Dilihat Pada 12 April Ini

Oh! Islam

Anak Bulan Ramadhan Bakal Dilihat Pada 12 April Ini

Pejam celik kita sedang berada di bulan Syaaban dan selepas ini akan bertemu dengan bulan Ramadhan dimana umat Islam akan berpuasa untuk memenuhi salah satu daripada Rukun Islam.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Berita Harian, tarikh untuk melihat anak bulan Ramadhan di Malaysia ialah pada petang Isnin, 12 April 2021 bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah. 

Hal itu dimaklumkan melalui Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mana, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah untuk menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Dalam pada itu, jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan untuk melihat anak bulan di 29 lokasi berikut:

  1. Pontian Kecil, Johor
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
  3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
  5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
  6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
  7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak
  8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
  9. Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Kedah
  10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
  11. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah
  12. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
  13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
  14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
  15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
  16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
  17. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
  18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan
  19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak
  20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
  21. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak
  22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
  23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
  24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
  25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
  26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
  27. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
  28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putraja, Putrajaya
  29. Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja juga akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui stesen radio dan televisyen pada malam berkenaan.

Kredit : Berita Harian

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas