Connect with us

Oh! Media

Suzuki Lancar 3 Model Motosikal 150cc Secara Serentak, Boleh Kalahkan Ysuku?

0ab631af f316 4c2f ba58 3d6ecde00d2e

Oh! Gear

Suzuki Lancar 3 Model Motosikal 150cc Secara Serentak, Boleh Kalahkan Ysuku?

Suzuki yang merupakan sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran telah memperkenalkan tiga motosikal terbarunya di Malaysia.

BACA : Ini Rupa Yamaha 135LC Generasi Baru, Lebih Moden Dan Harga Bermula RM7.7k

Menurut laporan Berita Harian, tiga model iaitu Suzuki GSX-R150, GSX-S150 dan Raider R150 Fi yang menggunakan enjin 150cc ini disasatkan kepada golongan muda yang mahukan motosikal berprestasi terbaik.

IKLAN
7eb380be 354a 4dfa a461 42d8e12ac490

Untuk GSX-R150, ia dikatakan memberi pecutan yang terbaik dalam kelasnya kerana kepingan badannya yang ringan. Kedudukan penunggang juga akan jadi lebih ‘sporty’ kerana rekaannya yang sama seperti ‘superbike’.

Ba1e3ae5 d766 4847 ad20 c41ba897b184

Bagi model GSX-S150 pula, ia hadir dengan prestasi enjin yang sama dengan GSX-R150 dengan tema ‘naked bike’. Sesiapa yang suka ride santai tu, inilah model yang sesuai untuk korang.

139fd053 aa24 4164 9e4a 81c260d424bb

Model GSX-R150 akan dijual pada harga RM11,329 manakala untuk model GSX-S150 pula dijual pada harga RM10,289 tanpa insurans.

Untuk model ketiga iaitu Raider R150 FI, ia menggunakan enjin ‘bucket-tappet’ DOHC empat injap 150cc. Kalau korang perasan, model yang jarang kita lihat di jalan raya iaitu Suzuki Belang. Betul nak buat comeback! 

Model Raider R150 FI ini akan dijual pada harga RM8,173 tanpa insurans dan lebih murah berbanding dua model diatas. 

Agak-agak antara ketiga-tiga model baru ni boleh kalahkan ysuku tak? Apapun bagi Oh! Media, model GSX-S150 tu gempak gila sebab enjinnya yang lebih berkuasa dan memberikan keselesaan ketika menunggang.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas