Connect with us

Oh! Media

Ramai Takut Silap, Lelaki Ini Kongsi Cara Betul Pasang Tag RFID Dekat Kereta

rfid

Oh! Gear

Ramai Takut Silap, Lelaki Ini Kongsi Cara Betul Pasang Tag RFID Dekat Kereta

Sejak 15 Januari 2022, PLUS telah memulakan ujian tag Frekuensi Radio (RFID) Lebuh Raya Utara-Selatan. Sistem baharu ini menjadi pilihan kepada pengguna untuk melakukan pembayaran di plaza tol. Sistem ini juga dikatakan mampu melancarkan lagi laluan di lorong tol membolehkan pengguna menikmati perjalanan tanpa henti dengan kelajuan 30km/j.

ADVERTISEMENT

Pengguna RFID juga tidak perlu lagi melakukan tambah nilai secara tunai seperti TnG. Dengan RFID, bayaran tol akan ditolak terus melalui aplikasi Tonch ‘n Go eWallet. Mudah kan? Tak perlu risau lagi baki ada atau tidak.

Cara pasang tag RFID dengan mudah dan cepat!

Tag RFID diberikan dalam bentuk pelekat yang mempunyai kod untuk dikesan ketika melalui lorong tol. Jadi, kita boleh pasang pelekat ini sendiri di kereta. Bagaimanapun, mungkin inilah apa yang merisaukan pengguna kerana takut tersilap pasang. Janganlah takut, senang jer nak pasang sebenarnya…

Mengambil perkongsian dari seorang Youtuber, Mr Jackler, dia menunjukkan cara-cara memasang tag RFID pada bahagian lampu hadapan kereta. Berikut ada 5 langkah mudah yang boleh dicuba:

  1. Bersihkan terlebih dahulu lampu hadapan kereta agar ia mudah melekat.
  2. Buka pelekat.
  3. Tampalkan pada lampu.
  4. Aktifkan tag di laman web Touch ‘n Go atau Touch ‘n Go eWallet.
  5. Masukkan maklumat kenderaan dan daftar nombor siri RFID.

Nak tahu lebih jelas boleh tonton video Mr Jackler bawah ni

Mungkin ada juga mereka yang memasang tag RFID ini pada bahagian atas cermin hadapan kereta. Kalau korang masih belum ada tag RFID ni, boleh dapatkan di Shopee touchngo.os.

Kredit: Youtube MrJackler

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas