
Oh! Gear
Ramai Merungut ‘Oil Filter’ Perodua Senang Bocor, Ini Penjelasan CEO, Zainal Abidin
Oleh
Bagi mereka yang sudah memiliki kenderaan sendiri, tahulah macam mana ragamnya. Kalau kita main langgar waktu servis, jangan hairan kalau kenderaan korang masa tu akan jadi macam-macam masalah.
Apapun, bagi mereka yang memilih untuk membeli Perodua, mungkin pernah mengalami masalah oil filter bocor.

Sedar tentang masalah ini, Presiden dan Ketua Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad tampil menjelaskan pihaknya kini sedang giat mencari solusi.
Masalah berpunca dari pembekal aftermarket bukan produk original Perodua…
Pembekan penapis minyak dari aftermarket ada masalah dan pembekal original kami di kilang tidak ada masalah. Jadi, apa kita boleh buat adalah kita bincang balik dengan pembekal original untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran.
Bukan bermaksud dia tidak boleh bekal untuk pasaran aftermarket.Sebab dulu dia ada masalah kapasiti pembekalan. Kita dah bincang dengan mereka (pembekal original) untuk meningkatkan (bekalan) kapasiti dengan harapan mereka juga dapat membekalkannya ke aftermarket.
Dalam pada itu, Zainal Abidin turut memberikan gambaran yang pihak pembekal original sepatutnya melebihkan pengeluaran 5 peratus lebih tinggi dari keperluan yang diminta pihak Perodua.
Kredit: Pandulaju
